Hah..macam tajuk diatas, bagaimanakah nak berkaraoke tanpa menggunakan sebarang wang? alala senang jelah..tadi aku baru wat aktiviti yang amat sihat ini. Benda yang kena ada untuk melakukan aktiviti ini adalah sebuah laptop atau PC dan line internet, kalau x de benda alah ni memang x jalanlah benda ni.
Bila dah pasang internet, bukalah Internet Explorer atau Mozilla Firefox atau Google Chrome atau Opera atau segala web browser yang anda ada. Aku sekarang dah guna semula IE lepas Opera aku dah buang sebab ada masalah lak. Pas tu di search tu bukalah Youtube dan taiplah lagu-lagu yang anda inginkan karaoke.
Aku hari ni layan lagu-lagu dari boyband lama; jiwang lak aku ni. Aku buka gak lirik sebab aku memang x suka kalau buka klip video yang memaparkan lirik sahaja. Aku suka tengok official music video. Hari ini aku karaoke 6 lagu iaitu:
i) N'Sync-I Want You Back
ii) Five-When The Lights Go Out
iii) O'Town-Liquid Dreams
iv) Blue feat Elton John-Sorry Seems To Be Hardest Word
v) Westlife-Swear It Again
vi) 98 Degrees-Because Of You
Jiwa aku hari ni terarah kat boyband orang putih sebab lagu-lagu ni memang aku minat. Dan liriknya aku amik kat website, korang taip kat google berlambak wei. So jimat kan? x yah kuarkan duit juz kuarkan air liur dan kuarkan suara tekak korang. Hah..my new hobby lah lepas ni. Praktikkan bagi yang suka gila karaoke tapi x berduit, inilah tips terbaik. Next is Malay pula tapi len kalilah. Sekarang nak layan lagu hindustan jap..bye bye. :)