Friday, March 28, 2014

New semester, new challenges

Assalamualaikkum..

       Berjumpa lagi, dah lama kan aku x post.  Mcm biasalah sebab malas betul nak menaip ni..hehuuu. Tangan malas nak menulis tapi ada laptop ni lagilah malas nak menulis blog.  Okay alhamdulillah dah minggu ke 4 aku dan rakan2 lain memulakan pengajian semester 4 ini di UiTM tercinta ini.  Macam-macam jadi lah. Sem ni macam ada je tak kena.  First day kelas as usual dengan tak ada lecturer masuk kelas padahal aku dah pakai cantik2, wangi2 bagai.

    Pastu dengan masalah airlah..aduyai.  Masalah kelas juga biasalah.  Macam kelas bel kami, lecturer tak masuk2 dari minggu pertama hingga minggu ketiga tapi minggu keempat iaitu hari isnn hari tu ada pula lecturer, alahai.  Kami satu bilik x p kelas..huhuu.  Yang perempuan pulak buat masalah, selalunya lelaki je yang x datang kelas.

  Setiap sem ni cabaran pelajaranlah cabaran yang agak hebat.  Sem ini subjeknya makin lama makin tough iaitu subject 'Subject Heading'.  Subjek ni subjek sambungan kepada Cataloguing yang aku amik sem lepas. Aku hanya lulus cukup2 makan je.  Pastu dengan subjek multimedia bagai, kena wat asaimen bagai dan, subjek 'Information Literacy' kena wat event dan lastly subjek 'Human Relation' kena p sekolah lagi sekali untuk kaji semula resource center bak erti kata lain Library sekolah okay, subjek 'Bel' kena wat meeting and 'Web Design' tak tau lagi apakah assignmentnya sebb lec x bagi lagi.

   Cabaran makin hebat melanda aku weh...kena kuat fizikal dan mental okay.  So kesempatan yang ada ni aku luangkan menonton Running Man..haha.  Gelak yang menghilangkan stress kan.


Ini dia buku 'Subject Heading and Classification'.  Nak tahu x harga buku RM95 tau.  So aku guna baucar buku.  Hope I can score for this paper and get much better result than Cataloguing.  Amin2.

Oklah bye..Insya Allah will post a new post maybe soon.  Terima kasih banyak-banyak..:)

Sunday, January 26, 2014

Love..love

Assalamualaikkum...

     Lama giler den tak update blog yalah kemalasan tahap gaban.  La ni aku tengah cuti sem and dijangka masuk balik ke kampus pada 3 Mac.  Kebetulan birthday adik aku lak tu.  Pejam celik pejam celik aku dah nak masuk sem 4, wah cepat giler masa berlalu.  Insya Allah tak de halangan aku dijangka tamat pengajian tahun depan.  So aku berdoa no more lah repeat k.  Nak habis on time.  Tak mahu macam zaman diploma dulu dimana aku banyak main-main sampai repeat papers.  No more anymore.

    Haha..sepatutnya aku tulis benda lain.  Aku p tulis benda lain.  Haha..for the 1st post on 2014 ni.  Aku sebenarnya nak bercakap pasal hati dan perasaan dimana semua orang akan ada iaitu CINTA.  Ehem..ehem aku dah fall in love ke??heheee...yalah aku akan berumur 24 tahun dalam 3 April ni.  Aku dah tua tau.  Aku rasalah aku dah macam jatuh cinta lah..(blushing sebentar).  N si dia tu muda dari aku...huhu.. Entahlah rasa selesa sangat bila sembang dengan dia and bila tak sembang, rasa gelisah je. And pernah dia terseliuh kaki aku rasa risau sangat.  Dia sakit kepala pun aku risau sampai dia kata tak payah risau sangat.
 

   Pernah sekali aku tak ada mood langsung, rasa nak marah and mengamuk je.  And bila aku sembang dengan dia guna social network, rasa marah hilang macam tu je.  Huhu..nampak tak disitu.  Frust tol bila dia tak start conversation dengan aku.  Kalau dia start, aku rasa happy sangat.  Kenapa awak tak nak start kan? Aku berdoa moga dialah untuk aku.  Aku sayang dialah..bila aku tgk dia like gambar perempuan lain, aku rasa cemburu sikitlah. Dia jarang nak like gambar or status aku..;(

  Moga hubungan kita akan ke fasa seterusnya.  Aku segan kalau depan dia tapi bila sembang dalam phone bukan main rancak je.  Doakan aku ya,  Kalau tak ada jodoh nak wat lagu mana.  kan awak?? :)

Wednesday, June 19, 2013

Kim Jong Kook oppa

Sebelum ini aku addicted giler dgn pelakon korea Kim Bum kan? sekarang aku dah addicted dgn sorg lagi Kim iaitu Kim Jong Kook.

Siapakah dia?

Bagi yang menonton Running Man yang tengah meletup satu dunia ni mesi tau salah seorang ahlinya yang amat sasa, tegap dan kuat ni kan? Nama gelarannya Sparta, Kookie, Tiger dan Commander.  Dia ni memang garang dan x puas hati kalau kalah.  Aku x suka kalu dia marah2 x tentu pasal.  Tapi dia ni ada satu kelemahan iaitu WANITA.  Dia ni sangat pemalu, kalau ada perempuan cantik, dia punya kemachoan itu akan lesap..hehe.

Yang bagsunya dia ni, sepanjang Running Man aku x pernah nampak dia tarik mana2 tag wanita sebb mungkin dia x mahu berkasar ataupun segan.  Tapi kalu dengan salah seorang peserta tunggal wanita dalam Runnig Man, dia akan tariklah sebb dia kata Song Ji Hyo ni dah mcm family.  Tapi dia paling x suka kalau ada sesiapa yang menyebut nama Yoon Eun Hye sebb ada dia memang malu.  Ada sejarah dalam rancangan X-Men, melibatkan mereka berdua, nak tahu carilah sendiri dan yang pastinya de dialog ''Of Course''..hehe.

K lah tgklah gambar my sparta  ni k..byeeeeeeee




Macho Commander/Sparta/Kookie/Tiger..


Cute



Bersama keluarga 'RUNNING MAN'

Kembali

Assalamualaikkum..

Lama gilerrr aku x update blog aku ni.  Nak kata busy..x delah sangat.  Aku hanya malas nak menaip dah sekarang..hehe.  Semua tahu kan sekarang aku dah semester 2 sem ini dan akan bermula final pada 26 jun ini (almost near kan).  Sem ni aku agak relaks sebb just 4 paper je aku amik and final hanya 3 papers but memang tough2 3 paper ni, x boleh dipandang remeh beb.

Alhamdulillah aku dah ada kwn2 dan semuanya syok2 belaka walaupun mereka ni kebanyakkan sebaya adik aku, Amirul tu.  Lahir tahun 1992 dan 1993.  Tapi ada jugak 2-3 orang yang baya2 aku so aku x lah terasa tua sorg2. Dan surprisingly, senior2 sem 6 aku ni adalah kesemuanya sebaya aku..haha.  Mereka nak hbs belajar, x yahlah aku nak dok panggil mereka kakak2 dan abang2 ek..haha. Kelakar kot.

Course aku ni sangat menarik.  Aku dah banyak tahu pasal library2 ni..syok jugak belajar.  Aku ada gak ilmu mcm mana nak wat cataloging buku semua.  Impian aku nak sangat praktikal dan Insya Allah bekerja di Perpustakaan Negara Malaysia, kalau ada rezeki mana tahu leh sambung belajar di luar negara. Amik bidang mcm ni supaya leh tahu lebih tentang library, negara impian adalah Korea, tapi ada ke course mcm ni ek.

Ok lah itu sahaja. Nak study for the test this friday tapi study2 layan gak RUNNING MAN..haha.

Byeeeeeeee...........

Sunday, March 24, 2013

Dari OM ke IM

Assalamualaikkum.....

     Hmmm...mesti ada yang tertanya-tanya apakah maksud tajuk entry aku kali ini kan??  Hehe..ini nak cerita ni.  Semua sedia maklumkan sebelum ni aku kan pemegang diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat di Kolej bersekutu UiTM, Kolej Unikop.  Sebenarnya course ni bukanlah pilihan aku yalah disebabkan nak lari dari form 6, aku sanggup accept tawaran sambung diploma.

   Sebab apa aku nak lari dari form 6? seriously aku rasa aku x leh nak bawa subjek2 form 6 ni.  Aku masuk form 6 pun sebab persediaan manalah tahukan aku x dapat mana-mana tawaran nak msk kolej atau universiti.  Dapat banyak tapi ada yang kat Johor pulak, ayah aku tak benarkan.  Ada lak aku minta lain dapat lain, frust jugak.  Masa cikgu-cikgu cakap pasal silibus every subjek, aku rasa nak menangis je. Tak tau kenapa.  Bila dapat je tawaran Unikop apalagi amiklah peluang untuk lepaskan diri dari form 6..bye bye form 6.

   Itu sejarah sikit pasal apa aku masuk Unikop tanpa mengetahui skop sebenar tentang diploma yang aku amik.  Sepanjang aku belajar OM..banyak benda kami kena belajar iaitu kena belajar tentang menaip dengan menggunakan jari yang betul, belajar shorthand, belajar tentang etika makan, pergi majlis dan selain tu kami juga belajar selain dari pasal ofis macam akaun, ekonomi,  belajar wat laman web menggunakan Microsoft apatah, x ingat..haha.  Tapi apa yang dipelajari aku mana ingat.sekadar belajar, lulus and then lupa..hehe.

  Walaupun subjek leh tahan tapi yang aku suka rakan-rakan kelas aku yang sangatlah best okay, kami memang gila-gila.  Aku ni kira sangat mesra dengan kawan2.  Aku jugak tukang bagitahu kelas batal ke, kelas lambat ke.  Sanggup menghabiskan kreditku demi nak bagitahu rakan2 lain. Macam mana pulak aku leh tukar degree dengan course yang tak ada kena mengena apa yang aku belajar masa diploma dulu.

  Nak dijadikan cerita aku ni dulu kan salah seorang repeaters akaun..hehe, x minat sangatkan.  Kawan kelas aku iaitu Finaz bagitahu aku yang Unikop nak cari librarian sebab diaorang x cukup kakitangan.  Diaorang nak student yang ada satu paper sahaja, kebetulan kami semua satu paper aku decide nak kerja jugak.  So aku, Eja dan Finaz kejelah situ.  Gaji RM600 tapi kena bahagi 3, kedekut gila tapi tak apalah rezeki kan?  Kerja situ okay, bagi servis kat pelajar mcm fotostat, pinjam buku.  Selain tu kami kenalah susun buku di tempat yang betul, susun kerusi dan sebagainya.

  Lama-lama aku kerja seorang jelah sebab mereka x berminat, x pelah memang penat tapi  best.  Ada satu job aku x suka iaitu potong keratan akhbar dan tampal di kertas untuk dijadikan buku x salah.  Aku bab memotong memang fail, x tau kenapa.  kalau potong je mesti senget.  Tapi seronok tau.  Disebabkan tulah aku bertekad nak sambung degree berkaitan library.

 Dan alhamdulillah kini aku bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber & Maklumat di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.  Gembira tak terkata-kata bila aku suh Eja checkkan permohonan aku sebab aku x de internet.  Mak ayah aku pun happylah.  Ramai jugak pelik kenapa aku ni amik course ni, yalah minat punya pasal.

  Itu aku bertekad nak study betul-betul supaya boleh dapat pekerjaan yang bagus dan dapat bantu ibubapa aku.  Kalau boleh aku nak lulus Ijazah Sarjana Muda dengan kelas pertama supaya x payahlah aku bayar ptptn kan. Doakan aku..amin amin.

 

Friday, March 15, 2013

I love him

Assalamualaikkum...

   Jangan salah sangka post diatas okay.  Aku bukan ada pakwe pun tapikan aku seriously suka bebenor dengan seorang pelakon lelaki Indonesia ni iaitu Jonas Rivanno Wattimena (amik korang nama dia).  Aku start suka dia time sinetron 'Nikita' yang ditayangkan di TV9.  Senyumannya waduh memanng cair aku pastu bila dia muncul dalam sinetron 'Anugerah' lagilah aku suka. Tapi sayang wataknya mati pulak, x suka tau.



 
 


   Comelkan senyumannya lagi comel bila ada sekali lensung pipit, tu lagi tambahkan kecomelannya.  Hope dia lehlah berlakon kat Malaysia pulak..haha.

  Oleh kerana aku sangat malas nak letak biodatanya so korang search jelah kat wiki je ek..hehe.  Lagi satu aku suka jugak tang keningnya yang tebal tu, cantik sangat.  Aku sekarang suka tgk kening artis dan paling suka kalau kening artis tu tebal dan cantik okay.

 K byeeeeeee





 
^_^






Practical Training Part 2

Assalamualaikkum...

    Aku nak sambung semula part 1 tentang dunia praktikal aku di HQCC.  Seperti previous post aku ada katakan yang penderitaan aku bermula bila ditempatkan di akaun department.  Mula-mula tu memanglah ok, 1st task aku adalah tallykan akaun statement dengan invois.  Aku pun x reti nak terangkan mcm mana job first ni tapi senanglah.

   Hampir nak masuk sebulan aku ditempatkan di situ, aku dah naik menyampah sebabnya ketua aku ni komen tudung aku pulak.  Aku pakai pashmina yalah aku x reti nak pakai sangat mcm Eja ajar, aku dok taram je pakai, dia suh aku tukar dia kata rimas tgk aku pakai.  Sampai dia kata rasa nak bukakan pashmina tu dan betulkan.  Isy..geram aku.

  Macam-macamlah terjadi dan yang paling aku menyampah dan sakit hati adalah dia tengking aku sebab buat kerja x betul.  Tak yahlah sampai macam tu.  Aku selalu luahkan perasaan ni kat Eja dan kadang-kadang aku pendam je, sebab entahlah mungkin malas nak cerita kat sesiapa.

  Sebenarnya banyak kot terjadi tapi yalah biarlah aku simpan kenangan yang 'terindah' ini (terindah ke?).  Kalau dulu nak p keje je aku kenalah bangun dalam 6:30 pagi, mandi, bersiap dan solat subuh pas tu dalam kul 7 aku kuar umah paling lewat pun 7:10 pagi.   bas datang dalam kul 7:30 pagi dan sampai di KL dalam 8:30.  Balik dalam 5:15 ptg dan sampai umah kul 6:30 ptg.

  Bila lalu je HQCC, aku selalu terbayang tentang keja kat dalam tu dulu.  Hotel ni tak sediakan duit elaun sebaliknya makan lunch free untuk semua pekerja tapi biasalah bosan jugak kadang-kadang makan kat kafe.  Tapi airnya syoklah juga.

 Insya Allah kalau praktikal untuk degree aku akan lakukan tugas dengan terbaik dan tidak akan jadi seperti diploma dulu.  Aku kalau boleh nak diterima kerja terus bila praktikal di tempat tu so kenalah wat keje dengan baik dan buatkan ketua impress kan?

 K lah jumpa next post....byeeeee!!!