Friday, March 15, 2013

I love him

Assalamualaikkum...

   Jangan salah sangka post diatas okay.  Aku bukan ada pakwe pun tapikan aku seriously suka bebenor dengan seorang pelakon lelaki Indonesia ni iaitu Jonas Rivanno Wattimena (amik korang nama dia).  Aku start suka dia time sinetron 'Nikita' yang ditayangkan di TV9.  Senyumannya waduh memanng cair aku pastu bila dia muncul dalam sinetron 'Anugerah' lagilah aku suka. Tapi sayang wataknya mati pulak, x suka tau.



 
 


   Comelkan senyumannya lagi comel bila ada sekali lensung pipit, tu lagi tambahkan kecomelannya.  Hope dia lehlah berlakon kat Malaysia pulak..haha.

  Oleh kerana aku sangat malas nak letak biodatanya so korang search jelah kat wiki je ek..hehe.  Lagi satu aku suka jugak tang keningnya yang tebal tu, cantik sangat.  Aku sekarang suka tgk kening artis dan paling suka kalau kening artis tu tebal dan cantik okay.

 K byeeeeeee





 
^_^






Practical Training Part 2

Assalamualaikkum...

    Aku nak sambung semula part 1 tentang dunia praktikal aku di HQCC.  Seperti previous post aku ada katakan yang penderitaan aku bermula bila ditempatkan di akaun department.  Mula-mula tu memanglah ok, 1st task aku adalah tallykan akaun statement dengan invois.  Aku pun x reti nak terangkan mcm mana job first ni tapi senanglah.

   Hampir nak masuk sebulan aku ditempatkan di situ, aku dah naik menyampah sebabnya ketua aku ni komen tudung aku pulak.  Aku pakai pashmina yalah aku x reti nak pakai sangat mcm Eja ajar, aku dok taram je pakai, dia suh aku tukar dia kata rimas tgk aku pakai.  Sampai dia kata rasa nak bukakan pashmina tu dan betulkan.  Isy..geram aku.

  Macam-macamlah terjadi dan yang paling aku menyampah dan sakit hati adalah dia tengking aku sebab buat kerja x betul.  Tak yahlah sampai macam tu.  Aku selalu luahkan perasaan ni kat Eja dan kadang-kadang aku pendam je, sebab entahlah mungkin malas nak cerita kat sesiapa.

  Sebenarnya banyak kot terjadi tapi yalah biarlah aku simpan kenangan yang 'terindah' ini (terindah ke?).  Kalau dulu nak p keje je aku kenalah bangun dalam 6:30 pagi, mandi, bersiap dan solat subuh pas tu dalam kul 7 aku kuar umah paling lewat pun 7:10 pagi.   bas datang dalam kul 7:30 pagi dan sampai di KL dalam 8:30.  Balik dalam 5:15 ptg dan sampai umah kul 6:30 ptg.

  Bila lalu je HQCC, aku selalu terbayang tentang keja kat dalam tu dulu.  Hotel ni tak sediakan duit elaun sebaliknya makan lunch free untuk semua pekerja tapi biasalah bosan jugak kadang-kadang makan kat kafe.  Tapi airnya syoklah juga.

 Insya Allah kalau praktikal untuk degree aku akan lakukan tugas dengan terbaik dan tidak akan jadi seperti diploma dulu.  Aku kalau boleh nak diterima kerja terus bila praktikal di tempat tu so kenalah wat keje dengan baik dan buatkan ketua impress kan?

 K lah jumpa next post....byeeeee!!!