Drama ni diadaptasi dari sebuah novel karya Meen Zulaikha iaitu 'Kasih Yang Suci'. Aku x tahu pasal novel ni sebab memang dah lama x beli novel baru, aku cadang nak belilah novel ni sebab aku tengok kat Google pasal novel ni, jalan ceritanya sangat seronok.
Sinopsis drama NORA ELENA (copy and paste je..hehe)
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
Hah..best x bila baca pasal sinopsisnya? aku yang baca ni memang nak belilah novel ni. Barisan pelakon drama ni ialah Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Siti Saleha sebagai Nora Elena, Zul Ariffin sebagai Idham, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Puteri Fateen sebagai Adila, Erry Putra sebagai Amir dan pelakon lain pula Miera Liyana, Ana Dahlia, Shah Iskandar, dan ramai lagi.
Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul Ariffin
Hope enjoy dengan drama ni dan sangat berbangga dengan drama melayu kita yang semakin bermutu.
No comments:
Post a Comment