Tahun ni banyak keluar movie-movie tempatan yang seronok wei. Aku senaraikan 3 filem yang aku mahu tonton.
Filem Tempatan yang aku nak tonton
1. ''KONGSI''
Aku nak tgk cerita ni kerana ada Shaheizy Sam. Dalam cerita ni dia pegang watak gangster tetapi yang kelakarnya dier cakap bahasa Kelantan, bez giler woo.
Selain dia adalah Farid Kamil, Bront Palarae, Yana dan ramai lagi.
Semua tahu lakonan Sam memang terbaik.
2. ''OMBAK RINDU''
Filem ni pula berdasarkan sebuah novel yang popular di Malaysia ditulis oleh Fauziah Ashaari.
Novel ni memang best dan hope ceritanya seperti novel ini.
Lakonan Aaron Aziz sebagai Haris, Maya Karin sebagai Izzah dan Lisa Surihani sebagai Mila.
Ramai yang bantah Maya menjadi Izzah kerana wajah Maya tidak menggambarkan gadis kampung tetapi who's know watak ni memang sesuai dengan dia kan.
Aku nak tgk sebab my ''boyfriend'' berlakon siapa lagi kalau bukan si kacak Aaron.
Nak tgk watak Haris kena tak dengan dia.
3. ''KL GANGSTER''
Satu lagi filem lakonan Aaron Aziz. Aku memang suker tgk cerita sebegini yang banyak aksi. Yang bestnya Zizan pun ada, mesti seronok kan?
Shamsul Yusof, Adi Putra serta Soffi Jikan turut berlakon.
So mau tengoklah...:)
Jadi sokonglah Filem-filem tempatan kerana jika bukan kita yang menontonnya siapa lagi.
''Filem Kita Wajah Kita''