Monday, January 10, 2011

Kepada kwn2 baikku

Semua manusia yang lahir di dunia ini perlukan seorang kawan untuk menemani, menceriakan hidup kiter, 
meluahkan suka duka kiter dan sebagainyer.  Tanpa kwn, hidup kiter tidak lengkap.  

Aku amat bahagia kerana sejak memasuki dunia kolej ni. 
 aku berjumpa dengan pelbagai kwn sama course dan lain2 course. 
Serta mereka membuatkan hidup aku ceria.

Kepada kwn2 baikku; Wan Nurhafizah, Norain Sofia, Siti Fatiha, Nurul Syazwani, Mas Maghfirah,
Nurul Hanisah, Muhammad Zaid dan Ruzaini.

Tq kerana menjadi kwn2 aku.
Syok giler kwn dgn  korang  wei.  Ni hadiah aku untuk korg.  Syg korang sumer :)








Ok x hadiah2 aku??  ikhlas ni beb. Syg korg sumer.  Gmbr x leh nak upload, lambat sangat.





Tiramisu

Hari ini aku nak ckp pasal tiramisu.  Kenapa tiba2 aku nak cakap pasal tiramisu?  sebab aku sebenarnya dah lama tak makan tiramisu, teringinlah.  Actually aku ni baru je berjinak2 minat makan tiramisu.  Macam mana aku boleh jatuh hati dgn tiramisu.  Begini ceritanya, masa tu junior aku baru sahaja pulang dari Times Square dan dier membawa satu plastik yang mengandungi kotak kek yang kecil.  So kwn aku yang sorg lagi ni memang jenis x malu dan minta kebenaran nak buka kotak tu dan ada sepotong kek.  N aku tanya kek apa tu, dier jawab ''Tiramisu'' so kami muka yang x reti nak malu ni rasalah.  Satu suap masya Allah sedapnyer.  Time tulah aku jatuh hati.

Sejak itu, kalau p Times Square je aku akan cari kek tu, satu potong dalam RM3-4 kot, luperlah.  Tapi dapat je duit ptptn aku mahu beli wei, teringin bebenor ni ;(.  Jom kiter tgk keenakan kek tiramisu di gambar di bawah ni.

Sedapnyer, I want u.

Luvly n delicious

Tadi cakap pasal kek kan, ni nak cerita pasal satu drama yang kini ditayangkan di TV3 iaitu drama di slot Akasia  ''Tiramisu''.

                                                

Sedikit mengenai cerita ini mengisahkan Dani Mirza yang suka kepada pelajar baru di sekolahnya iaitu Melur. Hubungan mereka mulai rapat apabila satu peristiwa telah berlaku.  Dani ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kek selepas SPM tetapi ibunya ingin Dani belajar di dalam bidang perubatan.  Hubungan Dani dan Melur yang rapat menyebabkan seorang pelajar perempuan iaitu Liana cemburu kerana dier sudah lama meminati Dani.

Dani dan Melur membuat perjanjian jika mereka tidak berkahwin lagi semasa mereka berumur 28 tahun, mereka akan berkahwin.  Beberapa tahun kemudian, Dani telah berjaya menjadi selebriti chef yang terkenal di London dan pulang ke Malaysia manakala Melur bekerja sebagai penggubah bunga di KrisMaya.  Melur diminati oleh Faris, lelaki yang membuat pelbagai perniagaan.  Tetapi Melur tidak selesa dengan Faris. Apakah akan terjadi kepada janji Melur dan Dani? nak tahu tengok ek kat TV3.

Drama ini dibintangi oleh Pierre Andre (Dani Mirza), Sharifah Amani (Melur), Tania Hudson (Liana), Zain Ruffedge (Faris), Dira Abu Zahar (Intan), Sheila Mambo (Rugaiyah) dan beberapa pelakon lain.  Cerita ini memang syok kerana kelakar, romantik dan fun lagi2 gelagat Sharifah Amani yang seperti budak2 dalam cerita ini. Cerita ini adalah kegemaranku sekarang. Cerita ini manis dengan Tiramisu hehe.  K bye2.

 Faris-Melur-Liana-Dani


 Si chumel Mia Sara turut berlakon memegang watak anak sedara Melur yang petah, Ayesha.
LUV MIA SARA NASUHA <3 <3 <3 


Turut dibintangi arwah Faizal Yusof yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Januari 2011.  Takziah dan Al-Fatihah diucapkan.;(