Thursday, March 14, 2013

Industrial Training Part 1

Assalamualaikkum.....

        Okay untuk post ni, aku nak ceritakan pasal zaman praktikal aku.  Time aku diploma dulu lepas je aku lulus akaun sampaikan aku terlebih sem, kami kenalah menjalani praktikal untuk mengenggam segulung diploma.  So aku dan my best friend, Eja telah mengenal pasti tempat-tempat yang kami nak jalani praktikal. Kami sepakat kalau boleh nak sama-sama praktikal di tempat yang sama.

      So aku kenal pasti tempat mana yang nak aku praktikal.  Kami mengambil keputusan nak praktikal di Hotel Quality City Centre yang terletak berhadapan dengan Medan Mara (detail kan aku bagi lokasinya).  Kami p berasingan, dia dulu p hantar resume, aku tak ingat kenapa aku tak join sekali.  Maybe sebab aku p keja part time kat library Kolej Unikop dulu kot.

       Aku p berasingan dengan beraninya menghantar resume kepada HR.  Masa aku masuk tu ada seseorang dikenali kak Rin dan ada jugak seorang lagi iaitu Madam Vijaya, HR manager.  Kak Rin tegur aku, katanya rambut kenalah kemas dan kebetulan aku akan start bertudung semasa praktikal.  Aku bertudung teruslah, bukan macam sesetengah orang just bertudung time keje je.  Aku bertudung teruslah.

     Aku start praktikal 21 November 2011 hingga 2 Mac 2012.  Aku ditempatkan di bahagian Housekeeping, dalam hati aku ''What the heck'', aku penat-penat belajar pasal ofis, komputer bagai tiba-tiba ditempatkan di Housekeeping, siot kan??.  Housekeeping ni mcm service yang diberikan oleh staff untuk bersihkan bilik, jaga kebersihan hotel bagai.  And then aku mengadulah kat madam Vijaya yang aku x leh nak dok bahagian Housekeeping and dia tempatkan aku di Akaun department.

    Nama ketuanya kak Hanizah dan assistantnya bernama abang Samad.  Dan bermulanya penderitaan aku kerja kat sini.  Kita jumpa yang part 2 pulak ek..huhu.