Friday, May 6, 2011

Takziah

Assalamualaikkum

Tadi mama aku terima panggilan dari kakaknya bahawa abang sulung mama aku tenat
mama aku pun p lah bersiap dan adik mama aku tel mengatakan bahawa pak cikku telah meninggal
takziah diucapkan.  kami kehilangan lagi ahli keluarga selepas nenekku meninggal.
aku n adik aku tak dapat nak p sebab kena jaga budak2

Aku tak rapat sangat dengan arwah pak cikku ni tapi ada juga p melawatnya.
kesian dengan keadaan dia semasa kami melawatnya
macam mayat hidup

apapun moga arwah Uncle Yeop ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
amin2...

Dari-Nya kita datang..dari-Nya kita pergi



Silalah daftar ya


Kenal x logo apa ni?? siapa tak kenal bukanlah rakyat Malaysia yang sejati ek.  Hah..bagi mereka yang sudahpun berumur 21 tahun atau 21 tahun keatas, silalah daftar sebagai pengundi di mana-mana tempat Suruhanjaya Pilihanraya.  Tunaikan kewajipan anda, kita sepatutnya bersyukur sebab negara kita mengamalkan demokrasi yang dimana semua Adun atau Dun adalah pilihan kita sendiri.

Kalau kita tak mengundi, siapakah lagi.  Aku dapat tahu yang 3.7 juta lagi tak mendaftar jadi tolonglah demi negara Malaysia yang tercinta.  Malaysiaku Gemilang!!!

Jealousnya...

Wah aku sangat jealous.  Kenapakah diriku jealous??  kerana my Remy Ishak berlakon dalam klip video muzik yang bertajuk 'Kisah Hati'.  Waa...mesra sangat mereka wei...

Remy Ishak yang kacak memandang Alyah!!!


Seronoknya bila Alyah tangan dia dipegang Remy Ishak..

Nasib baik mereka hanya berlakon sahaja kan?? aku lebih suka kalau Remy dengan Tiz Zaqyah, mereka sangat sepadan.  Ramai yang cemburu bila Remy berlakon dalam video Alyah ni.

Moga bahagia selamanya k..suka kalian bersama :)

Lirik 'Kisah Hati' oleh Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Lagu ni menjadi kegemaran aku, hayatilah..:)

Risau...:(

Assalamualaikkum....
 
Apa khabar semua?  lama gila aku x update blog kan? yalah mana taknya, internet x de wei sebab...malulah nak cakap tapi adalah yang terjadi.

Aku sekarang bercuti selepas selesai menduduki peperiksaan akhir pada 30 April lalu.  Barulah juga. Tapi yang wat aku risau sangat adalah, adakah aku lepas semua paper or still sangkut lagi.  Sampai sekarang aku risau beb.  Selagi x dapat result, macam nilah aku.  Akan teringat je kadang2 nak sesak nafas memikirkannya.  Aku paling risau 2 paper iaitu Akaun dan Law.

Ok..Law tu carry mark memanglah tinggi tapi kalu x leh jawab, leh ke lulus.  Aku nak sangat lepas, dah letih nak ulang-alik dari rumah ke kolej and aku x dapat loan dah sebab dah terlebih sem.  Kalu x lepas x taulah nak cakap apa, memang pasrah jelah.  Nak wat cam ne dah otak aku ni x berapa nak pandai mcm kwn2 yang lepas tu.  Aku dari dulu macam ni, entahlah...:(

Rasa nak menangis je wei, kalu diputarkan balik aku akan wat elok2 tapi dah mcm ni bak kata pepatah 'Nasi telah menjadi bubur'.

Apapun aku akan hope ada keajaiban dari Allah.  Jika aku lepas semua paper aku akan melakukan sujud syukur...:)

Amin-amin.