Wednesday, December 29, 2010

Sikap kurang ajar rakyat Indon....

Entry kali ini memang menyakitkan hati sikit.  Sekarang tengah hangat perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung esok di Stadium Bung Karno, Jakarta pada pukul 7:30 malam.  Perlawanan ini adalah perlawanan yang menjadi bualan sejak dari minggu lepas, sampaikan aku rasa ada yang melupakan seketika bolasepak Eropah. Siapa kata bolasepak x hebat, beb?

Semua maklum tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia 3-0 pada 26 disember hari tu.  Kemenangan itu adalah balas dendam selepas Malaysia pernah diratah Indonesia 5-1 pada awal pertandingan. Kemenangan kiter sebenarnya tidak disukai oleh peminat bolasepak Indonesia kerana mereka merasakan pasukan negara mereka yang patut menang.  Mereka tidak dapat menerima kekalahan.  Isy berlagak betul, kalau ya pun janganlah macam tu sekali, diaorg ni x de semangat kesukanan, ego tinggi, berlagak.

Nak tahu x kenapa diaorang kata pasukan Indonesia kalah? disebabkan pancaran laser yang kena muka penjaga gol Indonesia, Markus.  Eleh, x kan sebab itu?  mana bukti mengatakan rakyat Malaysia yang buat demikian? dalam berita, pihak berkuasa telah memeriksa mengatakan bukan setakat rakyat Malaysia yang membawa laser tetapi rakyat Indonesia juga.  Mereka tidak tahu, rakyat mereka yang memulakan dimana muka penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee terkena pancaran laser.  Ada x rakyat kiter perbesar-besarkan hal ini. tidak kan?  ini kerana rakyat Malaysia tidak suka benda remeh temeh dibesarkan.

 Kalu korg perasan kat anak panah tu, ada sinaran laser berwarna hijau kat dahi pemain gol ini.

Macam-macam media Indonesia tulis dan cakap benda-benda buruk pasal pasukan kiter, antaranya:

Yang kita menggunakan bomoh semasa perlawanan.  What the heck, korg ingat kami ni macam korang ke nak pakai sihir-sihir.  Kalu kami pakai sihir dah lama kami menang masa first tu

Tadi tengok Buletin Utama segmen sukan, ada satu keratan akhbar dimana gambar penjaga gol Indonesia tengah menggaru kakinya semasa duduk di padang.  Mereka kata kiter yang hantar ''something'' supaya kaki penjaga gol tu gatal, memang suker fitnah.

Lepas tu adalah aktres Indonesia ni, Julia Perez nak pakai coli yang ada laser supaya pemain-pemain Malaysia buta kena laser.  Dia nak balas dendam terhadap laser yang terkena penjaga gol, Markus.  Ni sorang lagi x de otak.  BENGONG DAN BLAHLAH KO!!!!

Macam-macamlah diaorang ni.  Kenapa jahat sangat, x kanlah x leh terima kekalahan.  Kata Jurulatih Pasukan Indonesia, Alfred Rield faktor kekalahan Indonesia bukan disebabkan pancaran laser tetapi kerana sikap pemain.  Dier sendiri tidak faham kenapa pemain-pemainnya tidak dapat memasukkan sebarang gol.  X salah aku juga, dier macam tertekan dengan media Indonesia yang suka membesar-besarkan satu perkara.

Semua sedia maklum, media Indonesia ni memang terkenal dengan sikap suka membesar-besarkan satu cerita.  Ramai aktres dan aktor sana mengatakan media Malaysia tidak seperti media disana. Media kiter ni x lah jahat sangat kan?  Tetapi aku salute dengan rakyat Malaysia kerana tidak mudah melatah dengan sikap kurang ajar dan biadap rakyat Indonesia kerana kiter ni bersikap rasional dan matang kan?  Congrats all Malaysians.

Apa-apa punlah.  Hope Malaysia berjaya merangkul Piala ini kerana sudah 14 tahun kiter tidak memiliki Piala ini.  Diharap boleh fokus n tumpu pada perlawanan, pedulikan kata-kata sinis rakyat yang tak berguna kat sana tu. Aku amat berdebarlah dengan perlawanan ini, hope sangat kiter berjaya, amin..amin...amin.


HARIMAU MALAYA BOLEH!!!

MALAYSIA BOLEH!!!

PROUD TO BE MALAYSIAN ^_^