Wednesday, April 6, 2011

Demam

Assalamualaikkum...

Apa khabar semua?  semua ok tak? kalau semua ok alhamdulillah lah cuma aku je tak.  Aku dah msk 3 hari demam ni.  Nak ceritalah ni mcm mana leh terjadi demam ni.

Hari isnin hari tu, macam biasa aku langsung tak ada kelas tapi malam ada, kelas ganti Ekonomi, kena p jelah.  Aku kena jaga budak sebab mama ada hal kat TTDI, so aku jagalah.  Time nak jaga tu, aku cadang nak makan nuget Ayamas yang papa aku beli kat Giant.  Aku pun masaklah, aku masak dalam 5 ketul.

Dah siap masak aku tak letak dalam pinggan tapi aku biarkan dalam kuali je (dengan minyak yang banyak).  Memang lamalah kena jaga budak-budak yang banyak kerenah tu.  Lama-lama bila budak-budak dah ok dan adik aku ada kat luar, aku amiklah kesempatan nak makan nuget tu.  Bila nak letak dalam pinggan nuget tu, memang banyaklah minyak sampai melimpah-limpah.  Bila nak makan je keluarlah segala minyak-minyak tu.  Aku makan dalam 4 1/2 ketul, aku rasa nak muntah.  Lama juga kesannya.  Time tu pula mata aku sangatlah mengantuk sampai nak tertutup mata ku.

Mama masak nasi goreng je tengahari sampai aku tak lalu langsung nak makan gara-gara perutku rasa mual.
Dalam pukul 4 lebih aku pun lelapkan mata yang sangat berat.  Memang sedaplah sampai dalam pukul 6 aku bangun tiba-tiba rasa kepala aku pening dan badan rasa panas.  Mula-mula cadang tak nak p ke kelas tapi bila fikir karang tak faham, aku p jelah walaupun time tu kepala aku sangat sakit.

Dalam kelas pula, aku punya kepala makin pening, badan rasa panas dan otot serta sendi sakit-sakit.  Memang seksalah aku dalam kelas 2 jam tu.  Balik je, dalam kereta aku buka sweater dan memang sedaplah bila kena air cond.  Adik aku belikan panadol, balik rumah je aku makan sikit je roti dan makan panadol 2 biji.  Before tidur macam biasa, aku gosok baju kurung aku, baju sekolah adikku dan baju kemeja ayahku dan tidurlah.  Tapi aku tak boleh tidur sebab badan aku rasa sangat panas dan sendiku rasa sakit, apalagi aku basahkan badanku dengan banyak air, memang nikmatlah.   Dan aku pun tidurlah dengan lena.

Pagi-pagi bila bangun kepalaku makin sakit tapi terpaksa p sebab ada speaking MUET, kalau tak p habislah markah aku.  Walaupun takut tapi gagahkan diri untuk pergi.  Geram lak bila bas dari rumah aku lambat sampai 1/2 jam menunggu and sampai kolej pukul 10:45, nsb baik sempat.  Aku dan kawanku memang takut dan kami ke bilik kuarantin untuk mendaftar.  Proses MUET tu nanti aku cerita pada next post ek.

Aku habis speaking dalam pukul 12:30 tengahari, habis je aku p beli hot dog kat kafe dan air sunquick sejuk walaupun time tu badan panas tapi bedal jelah. Aku nak p klinik dalam kul 1:30 dan pas tu p lah ke klinik but temankan member kau beli topup dan aku p beli ais krim sebab teringin sangat.  Aku tunggu bas dalam 5-6  minit macam tulah.  Sampai je cadang nak beli air mineral tapi tak ada pun, so p jelah klinik terus.  Sampai-sampai p ke meja nurse untuk diberi no giliran and after that p ke ruang pembayaran.  Letak ic ke dalam kotak berserta no giliran.  Memang lamalah tunggu , buat aku sakit n panas je.  Klinik kerajaan memang macam tu sangat lembab.

Lepas bayar ke kaunter 14 untuk pra-check, kena tunggu lagilah macam biasa.  Bila turn aku, nurse tu tanya sakit apa, aku jawablah demam, sakit kepala dan sakit sendi-sendi tapi yang peliknya dia tak check suhu tapi check tekanan darah tinggi, aku diam jelah.  After that aku letak kat ke dalam bakul bilik 7.  Lama gla nak tunggu turn, no aku 1153 tapi no giliran kat mesin tu sejak ke atas sejak ke bawah.  Dahlah aku punya badan dah sakit-sakit.  Biluk yang aku dapat tu memang lama bebenar nak tunggu.  Dan tiba-tiba no giliran aku ke bilik 8, p jelah.

Masuk-masuk, MA (Medical Assistant) tanya, ''Kenapa, adik?'', aku jawablah ''Demam'', MA tu tanya lagi dah berapa lama aku demam, aku jawab sejak semalam (pada 4 April).  Doktor tu suh aku buka mulut untuk check tekak dan pas tu check suhu pakai apa benda tah.  Benda tu letak bawah lidah dan biarkan dalam 5 minit macam tu.  Nurse tu tarik benda alah tu dan cakap kat MA tu suhu aku 39.3.  MA tu kata suhu aku tinggi sangat dan aku kena masukkan air dalam badan.  MA tu suh tunggu jap sebab nak tanya pendapat seorang doktor.

Memang lama menunggu and after that MA tu suh aku ikut dia ke sebuah bilik untuk wat ujian.  Aku kena dimasukkan air di dalam badan dan diaorang amik aku punya darah 2 bekas.  Aku ken duduk sampai air tu habis, memang lamalah dengan kerusi tu tak sedap untuk diduduk.  Ada pak cik tu macam aku juga, tapi dia kat atas katil siap tidur lagi, sedap aku tengok.  Aku tutup mata sekejap je. Hampir pukul 5 selesai sudah, aku cuma demam je dan aku dapat ubat Paracetamol dan ubat sakit kepala dan mendapat MC sebanyak 2 hari..  Memang rehat habislah.

Ok lah aku nak chow dulu dan akan mucul dengan entry pasal MUET ek, bye..:)