Thursday, February 10, 2011

Kehilangan nenek PART 1

Lama giler x update blog aku ni, maaflah kerana ada problemlah (x perlu mention).  Nak cerita ni, baru2 ni aku telah kehilangan nenek tercinta pada 5 FEBRUARI 2011 pada pukul 1:37 a.m.  Aku n sedara mara amat terasa sampai sekarang kehilangannya.  Aku pulang ke kg aku yang terletak di Bota Kanan, Perak pada khamis iaitu 3 februari n sampai2 je di kg nampak arwah nenek aku terlantar di katilnya, kami semua especially mama memang terkejut sebab nampak encik (panggilan kami kepada nenek) keadaan seperti itu.

Dia meracau n dah 2 minggu dier sakit, kitaorg memang x tau pun dier sakit.  Lagi teruk, dier x mahu makan. Kalau makan sikit je.  Masa dier sakit tu mula2 dier nak makan buah anggur, mama n papa aku sanggup mencari merata2 tempat termasuk Seri Iskandar untuk beli anggur kepadanyer.  Belilah n dier makan seciput je, pas tu dier nak makan buah laici n mak cik aku amik dalam peti ais n makan sikit juga.  Pas tu nak minum air kelapa muda, so pak cik aku p lah kat pokok kelapa n amiklah kelapa.  Dier minum sikit je, kalau kat straw tu seciput je.

Nenek aku akan mengamuk kalu ada benda yang dier akan sakit sebab ada luka kat punggungnyer.  Sian n terseksa nenek aku wei ;(.  Malam tu aku p umah nenek sepupu aku kat Parit.  P dengan mak dier, pak cikku n adik2 sepupu yg kecil.  Sampai je ke rumah tu, adik aku tel katanyer nenek aku makin teruk.  So kami pun dok minum2 n makan2 jap n then terus baliklah, dalam hati aku dh risau semacam.  Hope x jd pe2 lah.
N sampai je kat perkarangan umah nenek aku ada banyak kereta, dalam hati berdebar giler, hanya Allah yang tahu.  Aku masuk je rumah, ada 2 org mak cik tgh baca yassin kat nenek aku n mak aku pun ada tgh baca yassin tapi jauh sikit dari nenek aku.  N mulalah ramai sedara mara aku datang nak melawat, dalam hati aku hope nenek aku akan sihat walafiat.

Setelah mendapat pandangan dan nasihat dari mak cik aku yang merupakan seorang nurse maka semua decide nak hantar nenek aku ke hospital yang hanya terletak berhadapan rumah nenek aku sahaja.  So aku teman mama aku serta seorang sepupu n adik p hospital nak dftrkan nenek aku.  N nenek aku sampai dalam 5 minit kemudian menaiki proton Exora.    Nenek aku watlah rawatan n kami 2nggu dalam 11 lebih n nenek aku dimasukkan ke wad so dalam 12 lebih baliklah.  Mama aku yang tido di hospital menemani nenek aku.

So apa jadi seterusnyer, nantikan part 2 lak k..:)