Saturday, April 9, 2011

Rindu Penang...:(

Assalamualaikkum...

Dah lama aku tak balik Penang, kampung ayahku.  Rasanya dah lebih 8 tahun kot tak balik sana (lama kan?).  Ada problem sikit, aku selalu balik kampung belah mak aku je, Perak.  Senang je mak aku orang Perak, ayah aku Penang.  Sebelah je tapi jauh sikit dari Perak.  Aku dah tak rapat dengan sepupu belah sana dah tapi kami contact gak kat Facebook.

Masa kecil dulu, selalu gak balik Penang.  Mandi kat Relau (sempadan Penang-Kedah), memang syok habislah.  Penang yang seronoknya tempat makannya.  Ada satu tempat iaitu Padang Kota Lama memang syurga makanan kat situ.  Gerai banyak-banyak pas tu dekat dengan laut, bayangkan time makan lepas tu angin bertiup, syok kan?

Char kuey teow Penang paling sedap kat Malaysia, asli punya.  Aku pernah makan kat satu gerai tepi kaki lima, kedai tu tempat terhad tapi yang belinya memang beratur panjang wei sebab sedap sangat.  Sampai sekarang teringat lagi kelazatannya..nyam nyam.

Aku sangat rindukan tok aku, rumah arwah nenek moyangku di Sungai Bakap,rindu Feri Pulau Pinang,rindu gerai Padang Kota Lama, sepupu2ku seperti Naim, Nurul dan Husna serta sedara maraku yang lain, sangat harap dapat balik Penang yang tercinta ni.  Tunggu kedatangan kami tau..:)

Rindu nak naik feri


Rindu nak makan char kuey teow Penang yang asli



Rindukan tempat ni sangat

Papa jomlah balik Penang ek...

Bye........

At Last

Akhirnya berjaya me'makeover' kan blog aku ni
ada je dugaan nak tukar template blog aku ni
agak menguji kesabaran dan keimanan aku jugalah
tapi apa pun korang akan perasan beberapa perubahan
nak tahu tak apa perubahannya
jom semak beb

  1. Dah buang banyak benda kan?
  2. Korang ada perasan tak sekarang aku pakai font yang berlainan
  3. Blog list aku dah tambah 2 lagi blog iaitu thecoklatcelup.blogspot.com & superdayana.blogspot.com
so itu jelah perubahan aku..haha cakap propa je aku ni
 
k bye :)