Saturday, February 12, 2011

AKAUN

Sem ni wat pertama kali aku mengambil subjek akaun.  Dulu sek men masa pemilihan kelas aku pilih subjek akaun tapi x dpt sebab math PMR aku x berapa bagus dan aku dapat subjek Perdagangan, Sastera Melayu dan Ekonomi Asas.  Sem 6 ni aku belajar akaun n leh katakan amat toughlah subjek ni.  Nasib baik dpt lec lelaki yang hensem n baik..heee.

Aku n member2 yang amik paper ni memang pening n x faham sangat subjek ni.  Takutlah, aku dah mengalami pengalaman sepertimana mereka yang amik sem lepas.  Ya Allah hope aku lepaslah paper akaun.  Aku hope dapat score baik paper ni. Kuatkan aku..:)

Kehilangan nenek PART 2

Seperti yang dijanjikan aku nak sambung yang semalam aku cerita tentang kehilangan nenek ku yang tersayang Waktu encik masuk hospital, kakak aku balik dgn pak cik aku, dalam 12 tengah malam diaorg sampai.  Mama akulah yang berjaga untuk menjaga nenek aku dan mama aku jaga sampai pukul 6 lebih kot (waktu pagi), x ingatlah.  Terpancarlah wajah mama yang keletihan.  Kebetulan pada 4 feb tu ada majlis doa selamat di rumah atuk sepupu aku kat Padang Changkat.

Nenek aku kena masuk ke hospital Manjung sebab hospital Changkat Melintang x de tempat nak hemodialisis.
Akan dijangka dibawa dalam 12 lebih.  So mak cik aku take turn tolong n akan iringi nenek ku ke hospital Manjung.  Mama aku cadang lepas mandi je nak p terus ke hospital Manjung tapi tiba2 dier sakit kepala mungkin x cukup tido rasanyer.  Pas mama aku rasa sihat sikit, kami pun berangkat ke hospital.  Time tu semua kelaparan beb.  Masa nak p sana, kami sesat coz ayah aku mana familiar sangat area Manjung even kakak aku yang pernah belajar kat IKM Manjung pun leh luper.

Kami sampai dalam kul 6 lebihlah tapi nasib baik time melawat habis kul 7:30 so sempatlah.  Masa dah sampai ke kawasan wad, nampak sedara mara aku ada kat luar tengah bersembang so kami pun masuklah ke wad. Nenek aku berada di Bilik Operasi sebab menjalani beberapa rawatan n nampak keadaannyer terus sangat, sedih aku melihantnyer.  N nenek aku dibawa ke wadnyer, semua mengerumuninya.  Kami sekeluarga tengok sekejap je coz nak makan kami lapar sangat.

Kami makan di sebuah gerai luar hospital Manjung iaitu my fev food, CHAR KUEY TEOW.  Memang x sabar nak makan tapi x syoklah aku memang tak puas hati.  Dalam 10 minit kemudian, kami pun berangkat ke hospital balik.  N nampaknyer pintu dah ditutup so x lehlah masuk tapi ayah aku minta kebenaran pak guard n pak guard benarkan so kakak n ayah aku yang masuk. Aku n adik aku juz dok luar je.  Pas tu ayah n kakak aku pun kuarlah.  Tapi kami x balik sebab nak 2nggu sedara mara yang lain kat dalam wad.  Pas tu cadang nak balik, n tiba-tiba nampak sedara mara aku ke bilik Hemodialisis, ayah aku pun suruhlah kami sumer turun untuk tengok nenek kami didialisis. Aku, kakak n adikku masuklah dan kami lihat ramai yang ada di bilik tersebut, sedih hatiku melihat keadaan nenekku yang semakin teruk semasa dialisis.

Menurut nurse, asid urik telah sampai ke pinggang nenekku itu sebab terpaksa dicuci buah pinggangnyer dan faktor umur menyebabkan keadaannyer x berapa bagus.  So kami sekeluarga tgk dalam 10 minit sebab ayah aku rasa letih sangat, so kami pun baliklah tapi dalam hatiku amat risaukan keadaan nenekku itu. Sampai je kat Ayer Tawar masa tu kat stesen minyak, mama aku call ayah aku dan mengatakan keadaan nenekku makin tenat. Aku amat terkejut dan kakak aku suruh aku sms sumer sepupuku utk memberitahu keadaan nenekku. Kami pun mesejlah walaupun time tu aku nyer kredit nyawa-nyawa ikan je.  Sampai je kat umah nenekku, umah sudah siap dikemas dan aku duduk kat luar dgn cousin aku untuk menghilangkan kepenatan.

Pas mandi je, aku p kemas dapur dan yang lain kemas bahagian bilik air dan di luar.  Aku tidur dalam pukul 12 lebihlah sebab mengantuk sangat dan aku x leh tido sebenarnyer. Dalam kul 1:30 pagi aku dgr phone ayahku b'bunyi dan time tu line phone ayah aku x berapa jelas so ayah aku p kat bawah dan aku ikut sekali. Ayah ku ke bahagian luar sebab sumer sedara mara aku baru je sampai dari hospital Manjung dan sedang lepak2 di luar. Ayah aku cakap ''encik dah tak ada (meninggal dunia)'', so sumer terkejut dan aku juga.

Lepas tu.....kiter sambung ke part 3 lak ek.