Assalamualaikkum.....
Hmmm...mesti ada yang tertanya-tanya apakah maksud tajuk entry aku kali ini kan?? Hehe..ini nak cerita ni. Semua sedia maklumkan sebelum ni aku kan pemegang diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat di Kolej bersekutu UiTM, Kolej Unikop. Sebenarnya course ni bukanlah pilihan aku yalah disebabkan nak lari dari form 6, aku sanggup accept tawaran sambung diploma.
Sebab apa aku nak lari dari form 6? seriously aku rasa aku x leh nak bawa subjek2 form 6 ni. Aku masuk form 6 pun sebab persediaan manalah tahukan aku x dapat mana-mana tawaran nak msk kolej atau universiti. Dapat banyak tapi ada yang kat Johor pulak, ayah aku tak benarkan. Ada lak aku minta lain dapat lain, frust jugak. Masa cikgu-cikgu cakap pasal silibus every subjek, aku rasa nak menangis je. Tak tau kenapa. Bila dapat je tawaran Unikop apalagi amiklah peluang untuk lepaskan diri dari form 6..bye bye form 6.
Itu sejarah sikit pasal apa aku masuk Unikop tanpa mengetahui skop sebenar tentang diploma yang aku amik. Sepanjang aku belajar OM..banyak benda kami kena belajar iaitu kena belajar tentang menaip dengan menggunakan jari yang betul, belajar shorthand, belajar tentang etika makan, pergi majlis dan selain tu kami juga belajar selain dari pasal ofis macam akaun, ekonomi, belajar wat laman web menggunakan Microsoft apatah, x ingat..haha. Tapi apa yang dipelajari aku mana ingat.sekadar belajar, lulus and then lupa..hehe.
Walaupun subjek leh tahan tapi yang aku suka rakan-rakan kelas aku yang sangatlah best okay, kami memang gila-gila. Aku ni kira sangat mesra dengan kawan2. Aku jugak tukang bagitahu kelas batal ke, kelas lambat ke. Sanggup menghabiskan kreditku demi nak bagitahu rakan2 lain. Macam mana pulak aku leh tukar degree dengan course yang tak ada kena mengena apa yang aku belajar masa diploma dulu.
Nak dijadikan cerita aku ni dulu kan salah seorang repeaters akaun..hehe, x minat sangatkan. Kawan kelas aku iaitu Finaz bagitahu aku yang Unikop nak cari librarian sebab diaorang x cukup kakitangan. Diaorang nak student yang ada satu paper sahaja, kebetulan kami semua satu paper aku decide nak kerja jugak. So aku, Eja dan Finaz kejelah situ. Gaji RM600 tapi kena bahagi 3, kedekut gila tapi tak apalah rezeki kan? Kerja situ okay, bagi servis kat pelajar mcm fotostat, pinjam buku. Selain tu kami kenalah susun buku di tempat yang betul, susun kerusi dan sebagainya.
Lama-lama aku kerja seorang jelah sebab mereka x berminat, x pelah memang penat tapi best. Ada satu job aku x suka iaitu potong keratan akhbar dan tampal di kertas untuk dijadikan buku x salah. Aku bab memotong memang fail, x tau kenapa. kalau potong je mesti senget. Tapi seronok tau. Disebabkan tulah aku bertekad nak sambung degree berkaitan library.
Dan alhamdulillah kini aku bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber & Maklumat di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Gembira tak terkata-kata bila aku suh Eja checkkan permohonan aku sebab aku x de internet. Mak ayah aku pun happylah. Ramai jugak pelik kenapa aku ni amik course ni, yalah minat punya pasal.
Itu aku bertekad nak study betul-betul supaya boleh dapat pekerjaan yang bagus dan dapat bantu ibubapa aku. Kalau boleh aku nak lulus Ijazah Sarjana Muda dengan kelas pertama supaya x payahlah aku bayar ptptn kan. Doakan aku..amin amin.
Sunday, March 24, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)