Okay, tadi aku baca paper 'Berita Harian' n aku bacalah di bahagian XY (cerita tentang lelaki). So aku tertarik dengan satu tajuk iaitu JEJAKA IDAMAN. Sangat menarik kan terutama pada kita yang girls2 lah..heee.
Mereka senaraikan jejaka2 idaman wanita di Malaysia seramai 10 org, mari aku senaraikan nama-nama yang tersenarai di dalam list JEJAKA IDAMAN. Enjoyyy........
1) Anuar Zain
Semua sedia maklum dengan kekacakan adik kepada Ziana Zain. Walaupun sudah berumur 41 tahun tetapi aura kekacakannya menjadi igauan setiap wanita terutama ketika membuat persembahan. Dia sering dijadikan pilihan semasa Minggu Setiausaha, seronoklah kakak2 secretary. Sesiapa nak dekat dgn Anuar lehlah jadi secretary ek. Hehe..korg agkkan siapa yang akan bertakhta di hatinya kan? (Bertuahnya....)
2) Azlan Iskandar
Bintang Skuasy berjaya ini sering menampilkan aksi cemerlangnya. Jejaka kacukan Inggeris-Sarawak ini adalah bintang skuasy lelaki paling kacak yang sering menjadi perhatian setiap wanita. Korang agak dia ni solo ke dah berpunya?
3) Zizan Raja Lawak
Bintang Raja Lawak ini semakin laris dan menjadi perhatian pada tahun 2011, jejaka yang dikaitkan dengan Juliana Evans ini pandai berjenaka dan itulah yang menyebabkan beliau kini diminati ramai peminat tidak kira tua atau muda.
4) SM Faliq SM Nasimuddin
Selepas abangnya berkahwin dengan Marion Counter, adiknya kini menjadi sasaran untuk digilai ramai wanita. Semua tahu kesemua anak2 lelaki pengusaha NAZA teramat kacak dan menjadi tumpuan media kerana aura yang mereka ada. SM Faliq ini aku minat tau, aku minat masa dia muncul kat Majalah 3. Time tu dia pakai cermin mata, kalau dapat dia bertuah weh...:)
5) Khairul Fahmi Che Mat
Sejak pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia di Piala AFF Suzuki, penjaga gol ini telah mencuri tumpuan kerana ketangkasan beliau menangkap bola. Khairul Fahmi ini adalah jejaka bujang yang berharta dan kacak tetapi sayang kerana dia sudah mempunyai teman wanita. Kecewanya kan?
Tadi top 5 ke atas dan sekarang top 5 ke bawah
6) Shaheizy Sam
Adik kepada pelakon Zizie Ezette ni makin popular dan menjadi pilihan ramai produser selepas membintangi filem 'Adnan Sempit'. Dia ni kalau berlakon memang menjadi wataknya dari jahat ke psiko ke budak lembap dan apa saja watak memang menjadi. Sekarang dikaitkan dengan Lisa Surihani dan aku amat suka kalau dia menjadi dengan Lisa...heee :)
7) Ashwad Ismail
Wartawan Astro Awani menjadi perhatian selepas ditahan di Kapal Mavi Marvara (maaf kalau salah eja ek). Nyawa jejaka ini hampir melayang tetapi alhamdulillah beliau dan yang2 lain selamat. Aku suka tengok dia ni sangat smart dan berkarisma (pandai2 je padahal aku mana ada Astro,haha).
8) Qushairi
Buah hati Yuna ini semakin menyerlah selepas mengacara rancangan pelancongan berbajet iaitu Destinasi Bajet. Selain itu beliau terkenal selepas membintangi drama 'Blogger Boy' bersama bekas teman wanita Julie Woon dan Nas T. Hope hubungan dia dan Yuna berkekalan ek.
9) Lee Chong Wei
Pemain No 1 dunia ni menjadi jaguh badminton selepas mengalahkan Lin Dan di Perlawanan Akhir All England yang berlangsung baru2 ini. Aura yang ada pada pemain kelahiran Pulau Pinang ini amatlah kuat. Beliau adalah jutawan muda selepas mendapat pelbagai ganjaran dan dianugerahkan pangkat Datuk. Siapa dapat dia bertuah gila kan?
10) Black
He's mine...hehe. Aku memang minat gila jejaka ini wei sejak dia jadi juara Mentor. Aku memang suka dia. Dia ini comel dan hensem, lagi satu suaranya mantap gila wei. Vokalnya memang mantap dan lantang gila.
So mana satu pilihan korang? Buat pilihan yang tepat ek...haha. Kenapalah mereka tidak senaraikan Remy Ishak kan? itu pun jejaka idaman Malaya juga tu. Ada reason kot...haha.