Monday, April 4, 2011

This is AnwarHadi





Aku dah lama nak upload video yang aku minat ini.  AnwarHadi, siapakah beliau? beliau ini adalah antara nama yang terkenal kat Youtube di Malaysia.  Dia ni cakap English, power wei mana taknya pelajar TESL kan?  Video yang dia buat sangat seronok, dia ni kadang-kadang cakap English dan kadang-kadang cakap Kedah (orang Kedah), bahasa dia best juga.

Aku tau pasal dia ni kat blog member aku.  Dia ni hensem juga walaupun ada member aku kata dia ni tak hensem but bagi aku ni dia ni hensem.  Tak salah sekarang dia kat Australia, sambung belajar sana kot.

Aku harap dia ni sukses selalu dan harap sangat mana-mana stesen televisyen bawa dia masuk mana-mana rancangan macam cikgu Shida (walaupun mimingkan lagu tapi dah bawa masuk TV, dashyat kan?).  Aku rasa dia ni lagi best dari cikgu Shida yang merepek kadang-kadang (MAAF peminat cikgu Shida).

Good luck,bro.  Kau dah wat aku nak cakap English dengan fasih lepas ni.  Moga berjaya di sana tau..:)

Thank you everyone

Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish birthday aku semalam.  Memang ramai yang wish kat Facebook iaitu seramai 54 orang, sangat gembira .  Ingat juga diaorang kat aku..:).  Aku dah 21 tahun, bilalah aku nak berubah perangai.  Aku ni banyak buat dosa pada papa n mama ku, suka melenting, memberontak dan macam-macam.  Dan bilalah aku nak belajar masak kan?  hehe..Insya Allah dan aku akan lagi hebat dari mama aku tau.

Terima kasih once again


Sincere from me..

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010

Assalamualaikkum.....

Hai semua, mesti korang semua baru lepas menonton anugerah paling popular dan berprestij iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.  Semua dah tahu siapa yang menang dan mendapat kereta Nissan Teanna iaitu tak lain tak bukan 'Adnan Sempit' aka Shaheizy Sam. Wow, memang tak jangka sebab aku pilih Zizan Raja Lawak, memang Zizan pilihan aku wei.  Aku pilih dia sebab dia berbakat, imej bersih dan tiada kontroversi.

But aku memang tabik spring kat Sam because he is deserved it.  Dia memang berbakat dalam dunia lakonan lagi-lagi 'Adnan Sempit'.  Filem terbarunya, 'Kongsi'.  Tapi oklah Zizan menang award Pelakon Komedi Lelaki Terbaik.  Kira dia ada award juga kan?

But most important thing, my REMY ISHAK menang Pelakon TV Lelaki Popular.  Aku amat happy sangat yalah aku kan minat sangat dengan dia.  Memang layak Remy menang.  ABPBH kali ini sangat seronok kerana pengacaranya adalah Zizan, Raja Azura dan Sharifah Shahirah.  Mereka memang lawak dan tahun ini adalah tahun terakhir Sharifah Shahirah mengacara anugerah ini kerana dia nak menarik diri.  Alah tak syoklah dia nak tarik diri, sebab dia ni memang lawak orangnya.  But Zizan ada and mungkin Johan yang akan menggantikan tempat beliau.  Kita tungggu sajalah tahun depan.

K lah that's all and sekali lagi tahniah kepada Shaheizy Sam, teruskan lakonan anda yang cemerlang ek tahun ni.  Bye....:)

REMY ISHAK...:)