Sunday, May 8, 2011

Lists of my DREAMS!!!

Assalamualaikkum...

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai impian masing-masing, kadang-kadang ada sesetengah impian mereka semua tercapai and ada juga tak.  Yalah manusia ni mana ada benda yang boleh memuaskan hati diaorang kan?? Ok..straight to the point jelah aku ni.  Aku juga ada saja impian yang x tercapai lagi.  Impian aku ni dah lama aku pendam sangat. 

Senarai impian aku:

  • Memiliki sebuah kamera digital, dah lama aku nak beli tapi entahlah masalah kewangan yang membuatkan aku ni asyik tertangguh untuk memiliki sebuah kamera.
  • Handphone for my celcom sims.  Dah lama x aktif no ni sejak ayah aku amik phone aku.  Ada je benda yang menghalang aku untuk dapat handphone kedua ni. :(
  • Memiliki segulung ijazah,  kita kenalah cari ilmu yang lebih.  Dan berharap dapat ijazah dari course yang aku impikan sangat.
  • Belajar di luar negara.  Ini impian aku masa aku sekolah menengah sebab aku sangat cemburukan sepupu-sepupu yang belajar di London and Jepun.  Aku kalau boleh nak belajar di Australia sahaja kerana berdekatan Malaysia atau paling jauh adalah Korea sebab negara tu sangat lawa.
  • Memiliki sebuah kereta sendiri dan of courselah lesen kereta, bilalah nak buat kan?
  • Nak beli laptop Macbook Pro.  Tadi tengok kat laman web apple, canggihlah pula.  Ini gara-gara menonton cerita Cita & Cinta sebab ada satu scene watak utama tu main laptop tu, sangat smart seyh!!
  • Menghantar ibubapaku ke Mekah untuk menunaikan Umrah, amin-amin.
  • Nak belajar masak sebab aku ni manalah tau masak sangat.  Setakat masak megi, masak air, masak telur dan goreng-goreng bolehlah.  Dahlah sepupu aku yang lebih muda terror masak sedangkan aku, hai...malulah.  Huuuu...:)
  • BERTUDUNG.  Aku memang nak memakai tudung tapi entahlah bilalah nak pakai kan?  mama aku dah bising bilalah nak pakai tudung, Insya Allah kalau dapat seru.  Aku akan pastikan aku pakai tudung mengikut syarak Islam.
  • Nak merasa untuk mencintai dan dicintai seperti orang lain.  Aku ada meminati seorang lelaki dan sangat berharap dapat merasa cinta darinya.  Aku berharap sangat, sangat sukakan dia wei..:).
  • Ingin mendapatkan sebuah cinta yang amat tulus dan ikhlas dari seorang lelaki yang akan membahagiakan hdup aku dan berharap lelaki itu mestilah mempunyai pegangan agama yang kuat (aku ni banyak benda kena belajar), penyayang, jujur dan semestinya lelaki yang terbaik untuk aku.
  • Dan of courselah ingin mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang akan mencintai dan menerima aku yang banyak kekurangan ni.  Aku berharap hubungan aku dengan si dia yang akan muncul dalam hidup tu akan berkekalan hingga akhir hayat.
Itulah antara impian aku, aku berharap yang list ketiga dari bawah itu akan tercapai sebab setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini berpasangan, siapa yang x mahu rasa nikmat cinta kan? aku berharap-harap sangat (dah berapa kali harap dah), impian utama aku tu akan tercapai.

Dan dapat bawa balik seorang bakal menantu yang amat terbaik untuk mama dan papa sebab aku dapat rasa yang mereka nak sangat aku akan pilih suami yang dapat membahagiakan hidup aku ni.  Aku selalu berdoa kepada Allah semoga dipertemukan jodoh dengan lelaki yang aku impi-impikan sangat.  Doakan aku wahai rakan-rakan semua.

Oklah dah penat menaip, terima kasih kerana sudi membaca dan byeeeeeee......(: