Aku p bawah dan ke katil yang menempatkan jenazah nenek aku. Mukanya teramat berseri2. Mama aku bersihkan jenazah nenek aku dan membersihkan badan nenek aku serta ke
Lepas tu semua tido kerana kepenatan yang teramat sangat. Aku bangun pukul 6 lebih sebab terlalu mengantuk. Bangun je aku p mandi dan ke bawah. Pagi itu ada sarapan beberapa jenis kuih yang telah dibeli. Aku memang x selera langsung nak makan sebab terlalu sedih tapi makan pun sedikit sahaja. Suasana ketika itu amatlah sibuk dengan kehadiran ramai org kg dan sedara mara aku. Mulalah upacara mandi jenazah. Mama aku terlibat serta org kg yang lain. Ada seorang mak cik menyuruh cucu-cucu dan anak-anak nenekku untuk memandikan jenazah. Kami pun mandikan. Pak cik2ku selepas memandikan menangis kerana terlalu sedih dgn kematian mak mereka dan seorang pak cikku meraung kerana sedih sangat.
Dalam 10 minit, jenazah nenek aku selesai dimandikan dan dibawa ke hadapan untuk dikafankan. Semua cucu-cucu melihat nenek aku dikafankan. Aku paling terharu apabila cucu-cucu nenek aku yang masih kecil sentiasa berada di sisi nenek mereka. Mereka macam tahu nenek aku tiada walaupun mereka masih kecil. Selesai kafan, sepatutnyer imam datang unt mengimamkan jenazah tetapi datang lewat kerana menikahkan seorang pengantin. Lama menunggu sampaikan ada yang suruh cari pengganti je sebab x elok melambatkan pengebumian. So alhamdulillah, imam pun sampai. Ramai juga yang sembahyang aku tidak boleh sebab uzur. N kami sumer p ke tanah perkuburan. Aku naik dgn pak cik aku. X jauh sangat tanah perkuburan tu, x sampai 5 minit dah sampai.
Sesampainyer di sana , nenek aku dikebumikan di hujung sekali. Sebelum dikebumikan, mereka membenarkan anak2 n cucu2 mencium jenazah buat kali terakhir. Time aku, aku sangat sedih dan muka nenek aku amat cantik sekali bila dipakaikan bedak sejuk dan celak di keningnyer menggunakan celak dari Mekah. Sejuk je time cium dier..:(. Lepas ni x dapat aku cium pipi dia b4 balik ke KL. Upacara selesai dalam 12 lebih. Sangat lega tapi cuaca ketika itu amatlah panas terik sekali tetapi syukurlah semuanyer berjalan lancar.
Rumah itu teramat sunyi sangat, lepas ni x dapat dah nak beraya dengan arwah. Tahun lepas x dapat beraya sebab kami x balik kg. Sangat terkilan, tapi sangat bersyukur sebab kami sempat balik bulan 12 tahun lepas. Tapi paling terkilan bila rumah siap tapi nenek aku x dapat merasa nak pijak kaki di lantai yang baru tp x pelah aku rasa encik pun hepy sebab ank2nyer membuat rumah yang baru utk dier. Sekarang rumah encik dah makin luas.
Encik, Julia sangat rindukan encik. Maaf kalau Julia ada buat salah kepada encik, Julia dan yg lain tetap akan rindukan encik. RIP HAJAH SAODAH BINTI NGAH ABDUL RAHMAN.
WILL ALWAYS MISS YOU SO MUCH
IN MEMORY (1923-2011)
No comments:
Post a Comment