Sunday, February 27, 2011

Dora the explorer

Ada seorang memberku ni memanggil ku Dora The Explorer sebab rambutku dipotong seperti kartun itu dan aku pula pakai beg galas p kelas.  No wonderlah ramai panggil aku macam tu.  Tapi ramai kwn ku ckp aku nampak comel dan lain bila potong rambut seperti zaman ku kecil dulu n sampai ada seorang member aku sampai x kenal aku potong rambut mcm ni..hehe.  Kalaulah ada budak lelaki yang aku minat cakap aku comel, Ya Allah aku mesti rasa nak pengsan dan terasa bagaikan di syurga ^_^.

Selepas ni gaya rambut macam mana lak aku akan potong?  still thinking about that.

 
Cute Dora

Shoes...shoes

Sekarang ni aku dah makin suka sangat dengan kasut sarung or ala2 ballerina tu.  Aku start minat masa tu aku p Giant Batu Caves sebab saja2 nak jalan2 dengan memberku, Sofia.  Kami jalan2 n berhenti kat satu gerai yang jual kasut.  Dan aku tertarik dengan satu kasut, warnanya hitam n ada garisan petak pelbagai warna.  N aku ni kalau dah berkenan, berkenan sangat dan aku pilihlah.  Saiz kasut aku x de tapi satu saiz ni ketat but aku still leh pakai, so beli jelah.  Sangat puas hati.

Sejak hari tulah, aku pakai je kasut tu ke kelas n jalan2.  Nanti duit loan masuk, aku nak beli satu kastu mcm tu lagi.  Kasut tu dah jadi trend sekarang.  Ramai girls dah pakai kasut macam tu.  Aku x kisahlah kalau mahal sikit janji aku suka n rasa puas memakainya. :).




Wah, lawakan??  kalu boleh aku nak sumer ni...sabar2..Insya Allah boleh beli..

wink..wink. 

Tuesday, February 15, 2011

Happy Birthday mama

Aku nak wish happy birthday yang ke 50 kepada mama ku, PUAN JUNAIDAH KULOB MAT AMIN yang jatuh pada 13 februari (semalam)..luper nak tulis dlm blog...sorry.  I want you to know, that I love so much. Kak yang tahu kak byk buat dosa dgn mama, dah 20 thn mama jaga kak yang n buat banyak pergorbanan.  Kak yang ingat lagi masa tu kiter berdua ke Stadium Melawati untuk ke Ekspo ''Selangkah ke UiTM'', kiter berdua jalan jauh yalah time tu kiter x de kereta nak bawa kan?.  Memang jauh berjalan, hanya Allah yang tahu kepenatan yang kami alami.

Time nak balik je, nak cari stesen bas yang paling menyeksakan. Mana taknyer, sangat jauh sampai berpusing2 nak mencarinyer. Pas tu mama tanya org, nasib baik jumpa juga stesennyer, ALHAMDULILLAH.  Bila sampai je stesen masa kak yang duduk, kak yang nampak airmata mama mengalir sebab mama sangat sedih mengenangkan nasib kiter n terpaksa menjalani dugaan semasa nak ke sana tapi memang syukur sebab kak yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Unikop mengikuti peringkat Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat.

Tapi yang paling kasihan mama kehilangan ibu tercinta semasa Chinese New Year.  Mamalah insan paling bertuah kerana dapat berada di sisi ibunyer di saat terakhir dan berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sulung.  Walaupun mama sedih tapi mama x menangis tapi ada juga air mata mama mengalir di saat ibunyer tiada.  Mama pernah pesan kat aku supaya cari lelaki yang berkerjaya jika hendak kahwin nanti, hehe tergelak aku mendengarnyer.  Insya Allah aku akan cari bakal menantu yang terbaik untuk mama.  AMIN!!!

SAYA SAYANGKAN MAMA SAYA..<3 <3 



Mama aku yang tengah tu...

mama aku cerah orangnyer

x macam aku gelap sikit...

tapi apapun kami anak-beranak

So, aku sayangkan mama aku..ILY 

^_^ 

Monday, February 14, 2011

Valentine's for single ladies :)

Seperti yang semua tahu esk adalah 14 februari yang dimana Hari Valentine. Hari dimana pasangan kekasih berkasih-kasihan antara satu sama lain.  Tapi nak sambut tu berpada-padalah jangan sampai merosakkan akidah kiter sebagai org Islam. Bagi yang single mcm aku leh gak celebrate valentine gak.  Nak tahu mcm mn x? jom, aku senaraikan k.

  • Bertukar-tukar hadiah antara satu sama lain.  Dengan cara ini boleh mengeratkan hubungan kita antara sahabat-sahabat
  • Kalau yang ada pakwe tu, apa salahnyer spend bersama kawan yang single.  Biar dier tak rasa kesunyian Apa salahnyer berkorban sekali utk celebrate dgn kawan kan?
  • Buat parti antara ladies dengan ladies.  Masa parti tu buat game, masak bersama-sama dan lain-lain aktiviti yang amat menyeronokkan.
  • Pergi berjalan di mana-mana seperti tgk wayang, dinner dan tempat yang kiter boleh spend time bersama-sama dgn kwn2 yang tercinta.
Itu sajalah aku tau mcm mana nak celebrate valentine for the single like me.  Enjoy beb.

Sunday, February 13, 2011

Bilalah...

Bilalah aku akan merasa utk dicintai oleh seorang lelaki seperti rakan yang lain?  kadang-kadang aku sedih sebab x de seorang teman lelaki.  Sebenarnyer aku jealous dgn rakan2ku yang mempunyai boyfriend, saper x jealous kan? Bayangkan kalau sumer kwn kiter semua ada boyfriend tapi kiter x de, apakah perasaan org yang single mcm aku?  mesti dalam hati teramat sedih kan?

Sebenarnyer, aku sedang mencari seorang lelaki iaitu rakan sekolah rendah ku dulu, aku gelarkan dier M. Masa dulu aku digosipkan bercinta dgn dier oleh kwn2 aku dulu.  Aku akui M memang chumel orgnyer, aku suker sebenarnyer.  Aku rasa dier mesti th kwn2 aku matchmakerkan aku n dier.  Kami berpisah jua lepas tamat sek.  Aku msk sek men perempuan tapi dier aku memang x th.  Walaupun sudah hampir 8 thn berlalu aku masih ingat dier.  Kalu boleh aku nak tgk wajah dier, sudah banyak berubah or still sama.

Merata-rata aku cari hinggakan di facebook tapi x jumpa. Ya Allah jika Kau mengerti perasaanku, Kau temukan aku dan dier.  Aku berharap dapat jumpa dier..:(.  Dan sebenarnya kalau boleh aku nak merasa bercinta seperti kwn2ku.  Aku mahu seperti kwn2ku yang lain.  AKU TERAMAT JEALOUS DGN KEBAHAGIAAN MEREKA DALAM BERCINTA!!!!

Doakan aku mendapat seorang lelaki yang baik dan akan kekal selamanya dalam hidup aku.  AMIN...AMIN.

Kehilangan nenek PART 3

Kami menunggu jenazah nenek kami sampai di rumah dan menunggunyer di luar.  Dalam pukul 3:30 pagi jenazah pun sampai, dan tiba-tiba airmata ku mengalir kerana sedih sangat. Aku p ke mama aku dan p belakangnya menangis di bahu mama sambil memegang lengan mama aku.  Paling teruk kakak n mak cik aku sampai meraung mereka dan kakak aku tegur.  Aku menangis dan p bilik air utk membasuh mukaku dan ke atas utk memakai tudung.  Di atas je, aku menangis lagi dan aku berhenti sambil berkata ''aku mesti kuat, Ya Allah jangan bagi aku menangis dan kuatkan aku'' dan alhamdulillah aku dapat tahan.

Aku p bawah dan ke katil yang menempatkan jenazah nenek aku. Mukanya teramat berseri2.  Mama aku bersihkan jenazah nenek aku dan membersihkan badan nenek aku serta ke punggungnyer. Aku, kakak n pak cik aku memegang badan nenek aku supaya senang mama aku bersihkan najis yang masih lagi keluar kerana nenek aku cirit-birit.  Memang banyak sampai ada sekali darah. Dan bila dah bersih.  Mama aku duduk sebentar dan menceritakan detik akhir nenek aku menghembuskan nafas terakhirnyer.  Mama aku memang bertuah kerana dier satu-satu anaknyer yang berada di sisi nenekku dan paling aku kagum mama aku seorang yang tabah orangnyer kerana dapat menerima hakikat kematian nenekku. Aku kagum.

Lepas tu semua tido kerana kepenatan yang teramat sangat. Aku bangun pukul 6 lebih sebab terlalu mengantuk. Bangun je aku p mandi dan ke bawah.  Pagi itu ada sarapan beberapa jenis kuih yang telah dibeli. Aku memang x selera langsung nak makan sebab terlalu sedih tapi makan pun sedikit sahaja. Suasana ketika itu amatlah sibuk dengan kehadiran ramai org kg dan sedara mara aku.  Mulalah upacara mandi jenazah. Mama aku terlibat serta org kg yang lain. Ada seorang mak cik menyuruh cucu-cucu dan anak-anak nenekku untuk memandikan jenazah. Kami pun mandikan.  Pak cik2ku selepas memandikan menangis kerana terlalu sedih dgn kematian mak mereka dan seorang pak cikku meraung kerana sedih sangat.

Dalam 10 minit, jenazah nenek aku selesai dimandikan dan dibawa ke hadapan untuk dikafankan.  Semua cucu-cucu melihat nenek aku dikafankan.  Aku paling terharu apabila cucu-cucu nenek aku yang masih kecil sentiasa berada di sisi nenek mereka. Mereka macam tahu nenek aku tiada walaupun mereka masih kecil. Selesai kafan, sepatutnyer imam datang unt mengimamkan jenazah tetapi datang lewat kerana menikahkan seorang pengantin. Lama menunggu sampaikan ada yang suruh cari pengganti je sebab x elok melambatkan pengebumian.  So alhamdulillah, imam pun sampai.   Ramai juga yang sembahyang aku tidak boleh sebab uzur.  N kami sumer p ke tanah perkuburan.  Aku naik dgn pak cik aku.  X jauh sangat tanah perkuburan tu, x sampai 5 minit dah sampai.

Sesampainyer di sana , nenek aku dikebumikan di hujung sekali. Sebelum dikebumikan, mereka membenarkan anak2 n cucu2 mencium jenazah buat kali terakhir.  Time aku, aku sangat sedih dan muka nenek aku amat cantik sekali bila dipakaikan bedak sejuk dan celak di keningnyer menggunakan celak dari Mekah. Sejuk je time cium dier..:(.  Lepas ni x dapat aku cium pipi dia b4 balik ke KL.  Upacara selesai dalam 12 lebih.  Sangat lega tapi cuaca ketika itu amatlah panas terik sekali tetapi syukurlah semuanyer berjalan lancar.

Rumah itu teramat sunyi sangat, lepas ni x dapat dah nak beraya dengan arwah.  Tahun lepas x dapat beraya sebab kami x balik kg.  Sangat terkilan, tapi sangat bersyukur sebab kami sempat balik bulan 12 tahun lepas. Tapi paling terkilan bila rumah siap tapi nenek aku x dapat merasa nak pijak kaki di lantai yang baru tp x pelah aku rasa encik pun hepy sebab ank2nyer membuat rumah yang baru utk dier.  Sekarang rumah encik dah makin luas.

Encik, Julia sangat rindukan encik.  Maaf kalau Julia ada buat salah kepada encik, Julia dan yg lain tetap akan rindukan encik. RIP HAJAH SAODAH BINTI NGAH ABDUL RAHMAN.  


                                           
 WILL ALWAYS MISS YOU SO MUCH 

IN MEMORY (1923-2011)

Saturday, February 12, 2011

AKAUN

Sem ni wat pertama kali aku mengambil subjek akaun.  Dulu sek men masa pemilihan kelas aku pilih subjek akaun tapi x dpt sebab math PMR aku x berapa bagus dan aku dapat subjek Perdagangan, Sastera Melayu dan Ekonomi Asas.  Sem 6 ni aku belajar akaun n leh katakan amat toughlah subjek ni.  Nasib baik dpt lec lelaki yang hensem n baik..heee.

Aku n member2 yang amik paper ni memang pening n x faham sangat subjek ni.  Takutlah, aku dah mengalami pengalaman sepertimana mereka yang amik sem lepas.  Ya Allah hope aku lepaslah paper akaun.  Aku hope dapat score baik paper ni. Kuatkan aku..:)

Kehilangan nenek PART 2

Seperti yang dijanjikan aku nak sambung yang semalam aku cerita tentang kehilangan nenek ku yang tersayang Waktu encik masuk hospital, kakak aku balik dgn pak cik aku, dalam 12 tengah malam diaorg sampai.  Mama akulah yang berjaga untuk menjaga nenek aku dan mama aku jaga sampai pukul 6 lebih kot (waktu pagi), x ingatlah.  Terpancarlah wajah mama yang keletihan.  Kebetulan pada 4 feb tu ada majlis doa selamat di rumah atuk sepupu aku kat Padang Changkat.

Nenek aku kena masuk ke hospital Manjung sebab hospital Changkat Melintang x de tempat nak hemodialisis.
Akan dijangka dibawa dalam 12 lebih.  So mak cik aku take turn tolong n akan iringi nenek ku ke hospital Manjung.  Mama aku cadang lepas mandi je nak p terus ke hospital Manjung tapi tiba2 dier sakit kepala mungkin x cukup tido rasanyer.  Pas mama aku rasa sihat sikit, kami pun berangkat ke hospital.  Time tu semua kelaparan beb.  Masa nak p sana, kami sesat coz ayah aku mana familiar sangat area Manjung even kakak aku yang pernah belajar kat IKM Manjung pun leh luper.

Kami sampai dalam kul 6 lebihlah tapi nasib baik time melawat habis kul 7:30 so sempatlah.  Masa dah sampai ke kawasan wad, nampak sedara mara aku ada kat luar tengah bersembang so kami pun masuklah ke wad. Nenek aku berada di Bilik Operasi sebab menjalani beberapa rawatan n nampak keadaannyer terus sangat, sedih aku melihantnyer.  N nenek aku dibawa ke wadnyer, semua mengerumuninya.  Kami sekeluarga tengok sekejap je coz nak makan kami lapar sangat.

Kami makan di sebuah gerai luar hospital Manjung iaitu my fev food, CHAR KUEY TEOW.  Memang x sabar nak makan tapi x syoklah aku memang tak puas hati.  Dalam 10 minit kemudian, kami pun berangkat ke hospital balik.  N nampaknyer pintu dah ditutup so x lehlah masuk tapi ayah aku minta kebenaran pak guard n pak guard benarkan so kakak n ayah aku yang masuk. Aku n adik aku juz dok luar je.  Pas tu ayah n kakak aku pun kuarlah.  Tapi kami x balik sebab nak 2nggu sedara mara yang lain kat dalam wad.  Pas tu cadang nak balik, n tiba-tiba nampak sedara mara aku ke bilik Hemodialisis, ayah aku pun suruhlah kami sumer turun untuk tengok nenek kami didialisis. Aku, kakak n adikku masuklah dan kami lihat ramai yang ada di bilik tersebut, sedih hatiku melihat keadaan nenekku yang semakin teruk semasa dialisis.

Menurut nurse, asid urik telah sampai ke pinggang nenekku itu sebab terpaksa dicuci buah pinggangnyer dan faktor umur menyebabkan keadaannyer x berapa bagus.  So kami sekeluarga tgk dalam 10 minit sebab ayah aku rasa letih sangat, so kami pun baliklah tapi dalam hatiku amat risaukan keadaan nenekku itu. Sampai je kat Ayer Tawar masa tu kat stesen minyak, mama aku call ayah aku dan mengatakan keadaan nenekku makin tenat. Aku amat terkejut dan kakak aku suruh aku sms sumer sepupuku utk memberitahu keadaan nenekku. Kami pun mesejlah walaupun time tu aku nyer kredit nyawa-nyawa ikan je.  Sampai je kat umah nenekku, umah sudah siap dikemas dan aku duduk kat luar dgn cousin aku untuk menghilangkan kepenatan.

Pas mandi je, aku p kemas dapur dan yang lain kemas bahagian bilik air dan di luar.  Aku tidur dalam pukul 12 lebihlah sebab mengantuk sangat dan aku x leh tido sebenarnyer. Dalam kul 1:30 pagi aku dgr phone ayahku b'bunyi dan time tu line phone ayah aku x berapa jelas so ayah aku p kat bawah dan aku ikut sekali. Ayah ku ke bahagian luar sebab sumer sedara mara aku baru je sampai dari hospital Manjung dan sedang lepak2 di luar. Ayah aku cakap ''encik dah tak ada (meninggal dunia)'', so sumer terkejut dan aku juga.

Lepas tu.....kiter sambung ke part 3 lak ek.

Thursday, February 10, 2011

Kehilangan nenek PART 1

Lama giler x update blog aku ni, maaflah kerana ada problemlah (x perlu mention).  Nak cerita ni, baru2 ni aku telah kehilangan nenek tercinta pada 5 FEBRUARI 2011 pada pukul 1:37 a.m.  Aku n sedara mara amat terasa sampai sekarang kehilangannya.  Aku pulang ke kg aku yang terletak di Bota Kanan, Perak pada khamis iaitu 3 februari n sampai2 je di kg nampak arwah nenek aku terlantar di katilnya, kami semua especially mama memang terkejut sebab nampak encik (panggilan kami kepada nenek) keadaan seperti itu.

Dia meracau n dah 2 minggu dier sakit, kitaorg memang x tau pun dier sakit.  Lagi teruk, dier x mahu makan. Kalau makan sikit je.  Masa dier sakit tu mula2 dier nak makan buah anggur, mama n papa aku sanggup mencari merata2 tempat termasuk Seri Iskandar untuk beli anggur kepadanyer.  Belilah n dier makan seciput je, pas tu dier nak makan buah laici n mak cik aku amik dalam peti ais n makan sikit juga.  Pas tu nak minum air kelapa muda, so pak cik aku p lah kat pokok kelapa n amiklah kelapa.  Dier minum sikit je, kalau kat straw tu seciput je.

Nenek aku akan mengamuk kalu ada benda yang dier akan sakit sebab ada luka kat punggungnyer.  Sian n terseksa nenek aku wei ;(.  Malam tu aku p umah nenek sepupu aku kat Parit.  P dengan mak dier, pak cikku n adik2 sepupu yg kecil.  Sampai je ke rumah tu, adik aku tel katanyer nenek aku makin teruk.  So kami pun dok minum2 n makan2 jap n then terus baliklah, dalam hati aku dh risau semacam.  Hope x jd pe2 lah.
N sampai je kat perkarangan umah nenek aku ada banyak kereta, dalam hati berdebar giler, hanya Allah yang tahu.  Aku masuk je rumah, ada 2 org mak cik tgh baca yassin kat nenek aku n mak aku pun ada tgh baca yassin tapi jauh sikit dari nenek aku.  N mulalah ramai sedara mara aku datang nak melawat, dalam hati aku hope nenek aku akan sihat walafiat.

Setelah mendapat pandangan dan nasihat dari mak cik aku yang merupakan seorang nurse maka semua decide nak hantar nenek aku ke hospital yang hanya terletak berhadapan rumah nenek aku sahaja.  So aku teman mama aku serta seorang sepupu n adik p hospital nak dftrkan nenek aku.  N nenek aku sampai dalam 5 minit kemudian menaiki proton Exora.    Nenek aku watlah rawatan n kami 2nggu dalam 11 lebih n nenek aku dimasukkan ke wad so dalam 12 lebih baliklah.  Mama aku yang tido di hospital menemani nenek aku.

So apa jadi seterusnyer, nantikan part 2 lak k..:)