Saturday, November 27, 2010

Perihal Cinta dan Anugerah serta Miller...


Mahu cerita tentang sinetron kegemaran iaitu''CINTA DAN ANUGERAH''. Sinetron ni masih ligat ditayangkan di TV9. Setiap hari isnini-jumaat jam 5:30 ptg (amboi dh mcm pekerja TV9 pulak). Apa yang menarik cerita ini adalah ia dibintangi pelakon dari 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Sedikit mengenai cerita ini. Mengisahkan ketabahan Nabila dan 2 adiknya iaitu; Aira dan Mini menempuh hidup selepas kematian ibubapa tercinta. Setelah kematian bapanya, Nabila dan adik2nya berhijrah ke Jakarta untuk menemui Reza kerana itu adalah amanat bapanya. Kedatangan mereka tidak disenangi kakak dan anak saudara Reza iaitu Saira dan Cynthia. Ketiga2 mereka amat gembira kerana mempunyai tempat tinggal yang selesa. Nabila bekerja di hotel milik Reza sebagai pelayan restoran.

Kalau dah nama cerita mesti tak lengkap tanpa cinta kan?impian Aira adalah ingin berkahwin dengan lelaki kaya dan dia tertarik dengan Reza. Tanpa sedari, Reza mula jatuh cinta dengan Aira. Avian, pembantu Reza turut jatuh cinta dengan Aira tetapi Cynthia juga mencintai Avian. Dan lebih hebat lagi juga Nabila turut jatuh cinta dengan Reza tetapi mengorbankan perasaanya apabila dapat tahu Aira suka Reza.

Itu sahaja serba sedikitlah ek. Bagi aku jalan cerita ini amatlah menarik kerana setiap episod cerita ini akan membuatkan kita tidak akan miss tengok cerita ini. Sinetron ini dibintangi Ashraf Sinclair (Reza), Nabila Syakieb (Nabila), Miller (Avian), Yasmin Wildblood (Aira), Wilda (Mini), Eva Aninditha (Cynthia), Marcell Darwin (Aldi), Giovani L. Tobing (Gio), Richard Kevin (Alvino) dan pelakon2 lain. Aku suka tengok cerita ini kerana menampilkan 2 bintang kelahiran Malaysia iaitu Miller dan Ashraf Sinclair.

Umum mengetahui tentang Ashraf Sinclair tetapi siapakah Miller. Namanya Mohammad Suhaimi Ali Dad Khan dan lahir di Kuala Lumpur. Tak salah aku dia ini adik kepada pelakon Sabrina Ali dan merupakan anak saudara Yusof Haslam maknanya sepupu kepada Shamsul Yusof. Tetapi tak tahu betul ke tidak kerana info ini aku tau di Mr. Wikipedia. Dia ini ada berlakon di Malaysia tetapi namanya tak naik that's why dia berhijrah ke Indonesia sampai dah fasih bercakapnya. Kalau korg tengok movie Indonesia ''BUKAN BINTANG BIASA'', Miller ni ada, masa tu x salah aku dia baru je berlakon di Indonesia dan dengar slang dia bercakap, slang bahasa Malaysia masih pekat sikit time tu.


Kalaulah dia berlakon di Malaysia mungkin dia sebaris dengan Remy Ishak, Shahz Jazzle, Gambit kerana wajahnya memang teramat kacak dan boleh laku filem2 Malaysia. Aku tak faham juga pengarah Malaysia kenapa x mau ambil dier berlakon, pakej dia lengkap. Hope one day dia akan menetap di Malaysia dan akan berlakon drama2 Malaysia kan?
Nak tengok antara gambar kacaknya??

TADAA....

HOPE BERJAYA K..:). Jangan lupakan Malaysia tau...



1 comment:

  1. dia ada berlakon jd bf sharifah amani dlm filem sepet...tu first film dia

    ReplyDelete