Sunday, November 28, 2010

I want lagi?

Apa yang aku nak lagi?x cukupkah lagi. Of cuz lah x cukup, biasalah manusia manalah puas dengan apa yang ada kan? Nak tahu x aku nak apa, aku mau sebuah I Pod Shuffle. Ya aku mahukannya. Aku ni suker dengar lagu, pantang dengar lagu baru aku akan download dekat 4Shared. Kat lappy aku ni dah penuh dengan lagu2 yang aku kumpul..hee.

Harap dapatlah kan?hoho..:)



YANG MANA SATU IDAMAN KALBU?

NI LAGI PILIHAN I POD SHUFFLE

TERBAIK...:)

kesengalan terserlah...

P tidolah wahai cik Juliana

ko kena bangun awal

nak p kenduri kahwin kat Cheras

n then p Serdang nak tengok MAHA 2010

Confirm esk mengantuk

so mau tido

tata

Saturday, November 27, 2010

Perihal Cinta dan Anugerah serta Miller...


Mahu cerita tentang sinetron kegemaran iaitu''CINTA DAN ANUGERAH''. Sinetron ni masih ligat ditayangkan di TV9. Setiap hari isnini-jumaat jam 5:30 ptg (amboi dh mcm pekerja TV9 pulak). Apa yang menarik cerita ini adalah ia dibintangi pelakon dari 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Sedikit mengenai cerita ini. Mengisahkan ketabahan Nabila dan 2 adiknya iaitu; Aira dan Mini menempuh hidup selepas kematian ibubapa tercinta. Setelah kematian bapanya, Nabila dan adik2nya berhijrah ke Jakarta untuk menemui Reza kerana itu adalah amanat bapanya. Kedatangan mereka tidak disenangi kakak dan anak saudara Reza iaitu Saira dan Cynthia. Ketiga2 mereka amat gembira kerana mempunyai tempat tinggal yang selesa. Nabila bekerja di hotel milik Reza sebagai pelayan restoran.

Kalau dah nama cerita mesti tak lengkap tanpa cinta kan?impian Aira adalah ingin berkahwin dengan lelaki kaya dan dia tertarik dengan Reza. Tanpa sedari, Reza mula jatuh cinta dengan Aira. Avian, pembantu Reza turut jatuh cinta dengan Aira tetapi Cynthia juga mencintai Avian. Dan lebih hebat lagi juga Nabila turut jatuh cinta dengan Reza tetapi mengorbankan perasaanya apabila dapat tahu Aira suka Reza.

Itu sahaja serba sedikitlah ek. Bagi aku jalan cerita ini amatlah menarik kerana setiap episod cerita ini akan membuatkan kita tidak akan miss tengok cerita ini. Sinetron ini dibintangi Ashraf Sinclair (Reza), Nabila Syakieb (Nabila), Miller (Avian), Yasmin Wildblood (Aira), Wilda (Mini), Eva Aninditha (Cynthia), Marcell Darwin (Aldi), Giovani L. Tobing (Gio), Richard Kevin (Alvino) dan pelakon2 lain. Aku suka tengok cerita ini kerana menampilkan 2 bintang kelahiran Malaysia iaitu Miller dan Ashraf Sinclair.

Umum mengetahui tentang Ashraf Sinclair tetapi siapakah Miller. Namanya Mohammad Suhaimi Ali Dad Khan dan lahir di Kuala Lumpur. Tak salah aku dia ini adik kepada pelakon Sabrina Ali dan merupakan anak saudara Yusof Haslam maknanya sepupu kepada Shamsul Yusof. Tetapi tak tahu betul ke tidak kerana info ini aku tau di Mr. Wikipedia. Dia ini ada berlakon di Malaysia tetapi namanya tak naik that's why dia berhijrah ke Indonesia sampai dah fasih bercakapnya. Kalau korg tengok movie Indonesia ''BUKAN BINTANG BIASA'', Miller ni ada, masa tu x salah aku dia baru je berlakon di Indonesia dan dengar slang dia bercakap, slang bahasa Malaysia masih pekat sikit time tu.


Kalaulah dia berlakon di Malaysia mungkin dia sebaris dengan Remy Ishak, Shahz Jazzle, Gambit kerana wajahnya memang teramat kacak dan boleh laku filem2 Malaysia. Aku tak faham juga pengarah Malaysia kenapa x mau ambil dier berlakon, pakej dia lengkap. Hope one day dia akan menetap di Malaysia dan akan berlakon drama2 Malaysia kan?
Nak tengok antara gambar kacaknya??

TADAA....

HOPE BERJAYA K..:). Jangan lupakan Malaysia tau...



Wednesday, November 24, 2010

I want...

Apa yang aku mahu sebenarnya?Aku mahu macam2 tapi yang paling utama aku mahukan sebuah kamera digital. Teringin sangat, yalah kalu ada kamera, aku leh tangkap gambar2 yang menarik dan sem dpn mungkin adalah sem terakhir. So aku mau abadikan gambar2 bersama rakan2 ku lah. Memory beb. Aku tak tau jenis kamera pe yang aku nak tapi yang pasti mestilah tahan lama, boleh pakai lama2 dan bila tangkap gambar, kamera tu nampak jelas.


Yang mana satu idaman aku ek??

SLR pun ok gak kan?

Yang kedua aku mau phone. Bukankah aku dah ada phone ke?memang dah ada tetapi aku mau kan phone dimana kameranya terang. Phone Sony Ericsson W200i aku kameranya tidaklah tahap megapixel tetapi hanya tahap biasa je, dahlah tak ada bluetooth. Salah beli..hmmm. Aku nak memiliki phone walkman kerana aku memang minat kumpul lagu tapi kamera walkman selalunya 2.0 megapixel. Oklah teranglah juga kan?

Insya Allah akan beli salah satu. Doakan aku ek.

Aku mahu juga gajet diatas iaitu printer and scanner. Dah lama aku mahulah. Kalau ada gajet ini sangat senang kalau nak print pe2 atau scan gambar untuk diupload ke mana laman web kan?harap dapat belilah. Tak kisah jenama apa asalkan tahan lama dan berbaloi harganya kan?hope dapatlah beli gajet ini.

Harap pe yang aku nak ini dapat ditunaikanlah. Dulu nak laptop akhirnya dapat juga. Aku nak jadi pengumpul barang2 canggih lah kalau ada duit yang banyak. Amin2...:)





Tuesday, November 23, 2010

BLACK...:)

Entry kali ini nak cakap pasal my feveret singer lah..Black. Hmm...nak tahu aku ni minat giler2 dengan Black. Aku ingat lagi masa aku tengok first konsert mentor masa Ally Iskandar perkenalkan protege Mas Idayu, aku tengok muka Black. Aku kata dalam hati "Comelnyer dia" hehe. Suara dia sangatlah mantap.

Lagu yang aku suka sangat dier nyanyi ialah Sofea Jane n Drama King. Vokal dier teramat memukau kan?bukan setakat aku je minat dier, kwn baik aku Sofia pun minat giler dengan dier. Kitaorg selalu berebut Black, hee. Biasalah perempuan kalau x berebut artis memang tak sah kan?


sangat kacak kan?huu...

Aku lagi suka bila dier menang Anugerah Vokal Terbaik 2010 AJL 24. Menyanyi lagu ''Aku Rindu Sayang Kamu''. Dier memang layak untuk menang anugerah ini. Vokalnyer sangat power kan?terpikat dan tergoda aku dengar suaranya. Ok lah i luv u Black. Aku akan sentiasa sokong kaulah. Hee..bye :)


Time inilah dia menang Vokal Terbaik. Sangat kacak kan?




Sunday, November 21, 2010

Movie n game time :)

Lama x update blog tercinta aku ni. Yalah aku asyik main game je cuti ni..huhu. Game-game ni aku ambil dari kwnku bernama Intan. Gracia Intan. Harap buka sem ada game baru, bolehlah aku main je. Huhu..;p. Banyak game dalam lappy aku n kebanyakan jenis game ialah game cari barang.

Best woo..boleh melekakan kiter kot.Antara game yang menjadi feveret aku ialah Adventure Chronicles The Search for Lost Treasure, Dream Day First Home, Adventures of Robison Cruesoe, Mystery Stories-Berlin Nights, Mystery Stories-Island Hopes dan Bookworm Adventures. Inilah antara game yang ada dalam my lappy.




Selain game, aku tgk juga movie. Kebanyakan movie amik kat member adik aku. Antara movie yang aku lihat ialah:


i) TOY STORY 3

Serba sedikit tentang cerita ini, Andy telah pun membesar dan akan masuk ke kolej tidak lama lagi. Mak Andy menyuruh Andy membuat keputusan mengenai patung2nya. Rakan2 patung yang lain menyangka Andy tidak perlukan mereka lagi dan akan membuang mereka semua tetapi hanya Woody sahaja yang berfikiran positif. Cerita ini memang sangat menyeronokkan, yalah aku tengok cerita ini dari kecil lagi tetapi bagi aku Toy Story 2 sahaja kureng sikit ceritanya. No 1 dan 3 amatlah terbaik.

Animasinya amatlah cantik. Yalah kalau Disney yang buat memang lawa, mereka kan amat pakar dalam membuat cerita animasi. Kadang2 macam real je kartun tu. Aku bagi 8 dari 1o stars. Huu..harap Disney akan buat cerita yang lagi best.


ii) PRINCE OF PERSIA:THE SANDS OF TIME

Cerita dari syarikat Disney lagi. Cerita ini dari sebuah game. Cerita ini pasal Dastan lakonan Jake Gylehaal yang diambil oleh seorang raja untuk dijadikan anak angkat. Raja itu tertarik dengan kelincahan Dastan semasa berlari dari dicekup oleh tentera raja tersebut kerana salah faham. Dastan sudah membesar dan menjadi seorang putera yang kacak.

Negara mereka merancang untuk menawan negara Alamut kerana mendakwa negara itu mempunyai senjata yang dibeli dari musuh mereka sendiri. Puteri Tamina lakonan Gemma Arterton mempunyai pedang belati yang mempunya kuasa dimana boleh ke masa depan. Jake Gylehaal dalam cerita ini teramatlah kacak..hee :). Badannya amatlah sasa demi menjayakan movie ini. Gemma Arterton sangat cantik dan menawan dalam cerita ini.

Seronoklah cerita ini. Tak sia2 aku tengok cerita ini. Sesiapa yang x tengok lagi, pergilah tengok sangat seronok kot. Menyesal x tengok kat pawagam, mesti lagi gempak kan?Memang sesuai gandingan Jake-Gemma, mereka berdialog menggunakan slang British yang dimana slang yang paling aku suka sangat.


iii) NINJA ASSASSIN

Terbaik dan kejam. Itu dapat digambarkan mengenai cerita ini. Lakonan Rain amat mantap dan sangat kacak dalam cerita ini. Mengisahkan Raizo yang mendendami ketua Ninja iaitu Ozuno kerana telah menyebabkan wanita yang dicintainya mati akibat dibunuh ketua Puak Ninja, gara2 cuba melarikan diri. Raizo berpaling tadah dengan kumpulan itu.

Mika pula adalah seorang penyiasat yang menyiasat mengenai puak2 Ninja dan bersahabat dengan Raizo. Raizo telah ditangkap polis dan ninja2 yang kejam menyerang tempat polis kerana mereka ingin membunuh Raizo. Cerita ini amatlah kejam dan sesiapa tak kuat semangat, boleh pengsan agaknya. Ada satu adegan dimana Raizo bertarung dengan pembunuh upahan wanita dan memasukkan wanita itu didalam mesin basuh. Kejam giler kan??takut aku.

Bahasa inggeris Rain memang hebat walaupun dia baru merangkak bercakap bahasa inggeris. Mukanya nampak macho beb, mesti ramai wanita cair lihat badannya yang sasa..hehe ;p. Cerita yang amat seronok.

Oklah itu antara cerita aku tengok dan ada lagi 2 cerita iaitu:


Banyak juga aku tengok kan?at least terisi gak cuti sem aku ni, x lah kebosanan tahap gaban. So lets enjoy to ourself k. Daa....:)







Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha




Nak wish selamat hari raya
Aidiladha...


Moga raya kali ini lagi
bermakna...


Pergorbanan yang dibuat
akan menjadi kenyataan...


amin2...:)

Sunday, November 14, 2010

Happy Independent To Me

Nampak tak gambar kat atas..i2lah my independent day iaitu habis final exam. Sangatlah happy, setelah 3 minggu asyik ingat buku, buku and buku. Sekarang clear my mind without thinking about book. I want to spend my holiday wif my lappy and always online and update blog aku ni. Selepas ni, apa nak jadi..jadilah. Aku redha dengan segala paper yang aku jawab selama ni.

Happy holiday to all my college fren, c u next sem. :)

SO LETS




Saturday, November 13, 2010

Berusaha....




aku tengah berusaha...

berusaha apa???

berusaha untuk mengingati dan menghafal subjek ECO 120...

takut giler...

yalah paper ni pernah repeat wei...

i hope can do it...

x mahu repeat2 dah..fed up..

So gud luck for me...chaiyok2....



tension sampai senget amik gambar

mencuba untuk menghafal formula



GAMBATE..CHAIYOK2 :)



Thursday, November 11, 2010

FADHIA

Aku baru selesai wat revision math. So nak release tensionku ni aku decide nak post new entry.Ceritanyer pasal semalam (20 Nov) mama kejut aku suruh jaga baby Fadhia sebab mama n papa nak keluar pergi Rawang. So aku terpaksalah bangun dari tidur yang lena kerana nak jaga baby Fadhia. Kebetulan Mia dan Dina tak datang kerana maknya sakit. So aku amat relakslah kalau x mati nak jaga. Yalah 2 gadis cilik ini amatlah ganas orgnyer, mengalahkan lelaki.
Back to the story, mulalah aktivitiku menjaga si cute and tembam ni. Aku main2 acah dengan si Fadhia. Nak story bila mama terima kehadiran baby cute ni. Tapi tak detail sangat coz aku ni jenis luper apa orang cerita, kira aku ni macam amik pusinglah..haha. Yang aku tahu, mama kata dier masuk pada bulan ogos so dah 2-3 bulan jugalah dia masuk. Budaknya amatlah tembam. Kakinya banyak isi and berlipat, itu yang syok cubit. Pipi x yah katalah, amatlah tembam. Geram cubitnyer. Td time aku nak tido, Fadhia asyik menangis je. Nak susulah, babykan cepat lapar. Bila aku bagi tolak and then aku mandikan dia. Walaupun aku x reti sangat nak mandikan baby yang amat kecil tapi aku cuba juga yalah nanti aku nak kahwin x kan nak suh mama mandikan anak aku pula kan?hehe..blushing aku.

N then pas mandikan misi aku b4 breakfast aku nak tidurkan dia. Susah betul nak tidurkan dia, asyik meragam je. Bila bagi susu, minum sekejap and then tolak balik. Bila aku tepuk x mahu diam juga, bagi susu diam. Tapi hisap 2-3 kali tolak balik. Pening aku. N aku check perut dier, kot2 kembung lak so aku bubuh je minyak YU YEE CAP LIMAU and terus diam. Dalam 5 minit menangis balik dan bagi susu terus hisap non stop. Bila habis dia wat hal sendiri (main dengan cara dierlah). Time tu aku buka tv3 dan rancangan DETECTIVE CONAN startm Fadhia diam dan tengok je tv tu walaupun dier sendiri x faham. Faham cara baby jelah..huhu!!!Time dier tengah diam and khusyuk serta tawaduk menonton tv. Aku pun mandilah, bila kuar bilik air je, dier sudahpun melelapkan matanya. YAHOO..misi berjaya.

Dan dia sedang tido, aku makanlah nasi lemak yang papa belikan b4 pegi Rawang. Pas tu tukar rancangan tv amatlah bosan. So aku decide mau study mathlah, lagi bagus. Aku dah semangat nak study, Fadhia bangun. Aku ambil lah Fadhia bawa dier ke meja and pangkukan dier. Aku bukalah webcam laptopku and snaplah gambar dengan Fadhia. Sangat chumel wajahnyer and aku pilih gambar yang lawa untuk dijadikan wallpaper laptopku, sangat chumel.




Wednesday, November 10, 2010

.......

Amat rindukan kau...

Asyik ingat kau...

Teringat kenangan kiter bersama...

Harap berjaya nanti...

Mesti sem depan aku akan asyik mengalirkan airmata...

Kenangan kau dan aku amat manis...

Sayang kau sangat-sangat...

Terima kasih menjadi kawan baikku, NORAIN SOFIA MOHD NASIR...

Akan ku kenang persahabatan kiter...

Tuesday, November 9, 2010

Exam..exam..exam



Tinggal lagi 2 paper sebelum aku dan rakan2ku yang lain tamat

sem 5 ini


Apa papernyer??jeng..jeng..


MAT108 --> 12 NOVEMBER (8:30 pg-10:30 pg)


EKO 120 --> 14 NOVEMBER (2:15 ptg-5:15 ptg)


So apa lagi, mari kita buka buku k.


Gud luck rakan2 ku..moga kiter berjaya kali.


INSYA ALLAH!!!

akan rindu mereka

Aku akan rindu korang wahai 2 kawanku. Korang akan meninggalkan ku dan rakan2 lain serta kolej kita ini.

SIAPAKAH MEREKA???

Yang bertudung warna putih


i) SITI FATIHA AHAMAD SFHAFI AKA KID

Dia ni amat kecoh orangnya, amat gilerkan anime dan sangat suka makan sambal belacan. Dipanggil nenek kerana suka memberi nasihat pada kami. Budak yang amat comel di kalangan kami, orgnyer kecik sangat tapi matang. Pakaiannya amat sempoi. Pandai english beb, jangan main2. X suka study last minute, katanya x masuk dalam otak. Suka sangat bergaduh dengan Eja atau anaknya. Sangat suka bila tengok mereka berdua bertekak. Kalau bertekak keluar segala ayat mereka dalam english. Akan rindu kekecohan mereka di hostel.




Yang aku pegang kedua2 bahunya, yang bercermin mata


ii) NORAIN SOFIA MOHD NASIR AKA PEAH

Ni kawan yang paling aku rapat. Aku memang rapat2 giler dengan dier masa sem 1 lagi. Aku masih ingat lagi. Masa sem 1, aku selalu lepak dengan dier malam2. Kitaorg makan dulu and then lepaking kat ''STARBUCK UNIKOP" atau meja batu. Memang seronoklah. Aku ni suker tengok orang. Memang best giler2 lah. Dia ni memang kawan yang paling aku sayang. Aku selalu keluar dengan dier. Kami suker tolong menolong satu sama lain. Kalu salah seorang kami x de duit, kitaorg akan tolong.


Kalu aku balik kelas, aku mesti cari dier dululah. Yalah kami kan rapat. Aku n dier punya minat yang sama. Kami suker penyanyi Black, band korea lebih kurang sama. Aku suker bagi pinjam laptop aku kat dier yalah kesian dier x de laptop. Dier lebih selesa pinjam barang dengan aku. Aku pun selesa kalu nak pinjam barang kat dier. Amat manis ini memori. Sayang dier sangat2.
Ni nak berpisah dengan dia, macam x boleh terima hakikat kot.


5 sem bersama dier, saper x sedih wei. Aku pernah menangis sekali sebab x leh terima hakikat aku akan berpisah dengan Sofia. Sem 6 ni mesti rasa lain, aku akan banyak bersama Eja pula. Ni mungkin hikmah kot sebab lepas ni aku akan banyak spend time dengan Eja pula. Dier pun best fren yang aku sayang sesangat. Selamat tinggal Norain Sofia. Ko lah kawan yang paling2 aku sayang2 sangat wei. I will always Luv u...:))

WILL ALWAYS MISS U KID AND SOFIA

UR MEMORY REMAIN IN MY HEART

THANKS FOR BEING MY BESTIE FRENZ

HOPEFULLY NOT FORGET ME













FIRST KISS

Bengang giler dengan line broadband ni, suker lambat walaupun cik HSDPA penuh. Kenapa???x cukupkah saya bayar anda wahai mr.broadband??haiyaa..spoil betul lah..:( Bukan ini yang mahu aku tulis tau. Sebenarnya berkenaan tajuk entry aku ni. FIRST KISS?? (siap letak warna merah lagi). Ni x de kena mengena dengan first kiss dari mana2 tau, please do not misunderstood with this words ek!!

FIRST KISS adalah tajuk lagu dari kumpulan KOREA iaitu 4Men. Sangat menawan ini lagu (ayat dah x betul daa, lantaklah). Lagu ni aku dapat dari lappy cik Wan Nurhafizah atau Eja sebab aku ni kalu buka lappy orang kalu bukan cari game, mesti nak cari lagu sampai penuh folder lagu dari lappy aku..hehe!!giler lagu beb aku ni. Eja dapat lagu ni pun dari kawannya. Thanks gak pada kawannya kerana ada lagu yang amat seronok. Kamsahamida ek (terror beb cakap korea..hehe).

Ahli2nya boleh tahan gak tapi lagi chumel kumpulan SUPER JUNIOR M (i luv ''Super Girl'' song).
Lagu ni sangat sedap n paling penting mendayu beb, aku suker lagu2 mendayu, perempuan biasalah. Asyik dengar berkali2 sampai aku rasa telinga dua-dua belah muak n naik muntah nak mendengarnya. Kalau nak dengar, aku dah post kat blog. Hope enjoy it!!!



INILAH KUMPULAN 4MEN..OK X GAMBAR NI. HAYATILAH MUKA KACAK MEREKA!!

Monday, November 8, 2010

SAYANG ENCIK MATHS


TGH BERUSAHA UTK STUDY MATHS.


3 sem belajar maths

sampai aku sayang sgt2 dgn maths ni.


nasib baik carry mark amat bagus. thanks pada sir Hilmy

(credit giler2 dgn sir).


aku n 3 mmbr yang lain (x perlu mention nm mereka)


akan berusaha dgn lebih gigih.


selamat berjuang rakan2 ku ek.