Sunday, January 26, 2014

Love..love

Assalamualaikkum...

     Lama giler den tak update blog yalah kemalasan tahap gaban.  La ni aku tengah cuti sem and dijangka masuk balik ke kampus pada 3 Mac.  Kebetulan birthday adik aku lak tu.  Pejam celik pejam celik aku dah nak masuk sem 4, wah cepat giler masa berlalu.  Insya Allah tak de halangan aku dijangka tamat pengajian tahun depan.  So aku berdoa no more lah repeat k.  Nak habis on time.  Tak mahu macam zaman diploma dulu dimana aku banyak main-main sampai repeat papers.  No more anymore.

    Haha..sepatutnya aku tulis benda lain.  Aku p tulis benda lain.  Haha..for the 1st post on 2014 ni.  Aku sebenarnya nak bercakap pasal hati dan perasaan dimana semua orang akan ada iaitu CINTA.  Ehem..ehem aku dah fall in love ke??heheee...yalah aku akan berumur 24 tahun dalam 3 April ni.  Aku dah tua tau.  Aku rasalah aku dah macam jatuh cinta lah..(blushing sebentar).  N si dia tu muda dari aku...huhu.. Entahlah rasa selesa sangat bila sembang dengan dia and bila tak sembang, rasa gelisah je. And pernah dia terseliuh kaki aku rasa risau sangat.  Dia sakit kepala pun aku risau sampai dia kata tak payah risau sangat.
 

   Pernah sekali aku tak ada mood langsung, rasa nak marah and mengamuk je.  And bila aku sembang dengan dia guna social network, rasa marah hilang macam tu je.  Huhu..nampak tak disitu.  Frust tol bila dia tak start conversation dengan aku.  Kalau dia start, aku rasa happy sangat.  Kenapa awak tak nak start kan? Aku berdoa moga dialah untuk aku.  Aku sayang dialah..bila aku tgk dia like gambar perempuan lain, aku rasa cemburu sikitlah. Dia jarang nak like gambar or status aku..;(

  Moga hubungan kita akan ke fasa seterusnya.  Aku segan kalau depan dia tapi bila sembang dalam phone bukan main rancak je.  Doakan aku ya,  Kalau tak ada jodoh nak wat lagu mana.  kan awak?? :)