Thursday, March 31, 2011

Emily Osment-Lovesick





You're so mono, together we could be stereo, st-st-stereo love
You look so low, low, together we could get hi, hi-fi st-st-stereo
Boom, boom, super sonic boom, super sonic boom
You make my heart go, you make my heart go

Boom, boom, super sonic boom, super sonic boom
You make my heart go super sonic boom, super sonic
You got me high, you got me low
You make, make me go, go, go out of control

I l-l-like the way we flow
Let's go, go, go get me that sensory overload
Got me, got me love, got me love, got me lovesick
Got me, got me love, got me love, you got me lovesick

Turn it up, turn it up, turn it up, turn it up
Turn it up, turn it up, turn it up, you turn it up
You're the needle scratching on my vinyl
G-g-gambling with that delicious thing
It takes two to dance four on the floor

Hot like an 808
(Hot like an 808)
Hot like an 808
(Hot like an 808)

Boom, boom, super sonic boom, super sonic boom
You make my heart go, you make my heart go
Boom, boom, super sonic boom, super sonic boom
You make my heart go super sonic boom, super sonic

You got me high, you got me low
You make, make me go, go, go out of control
I l-l-like the way we flow
Let's go, go, go get me that sensory overload

Got me, got me love, got me love, got me lovesick
Got me, got me love, got me love, you got me lovesick
Turn it up, turn it up, turn it up, turn it up
Turn it up, turn it up, turn it up, you turn it up

Radioactive, now you can't stop it
We're gonna party all night
Radioactive, you know we got it
We're gonna party all night

Radioactive, super hypnotic
We're gonna party all night
Radioactive, now you can't stop it

We're gonna, we're gonna, gonna
We're gonna, we're gonna, gonna
Boom, boom, super sonic boom, super sonic boom
Boom, boom, super sonic boom

You got me high, you got me low
You make, make me go, go, go out of control
I l-l-like the way we flow
Let's go, go, go get me that sensory overload

Got me, got me love, got me love, got me lovesick
Got me, got me love, got me love, you got me lovesick
Turn it up, turn it up, turn it up, turn it up
Turn it up, turn it up, turn it up, you turn it up

Boom, boom, super sonic boom, super sonic boom
You make my heart go, you make my heart go
Boom, boom, super sonic boom, super sonic boom
You make my heart go super sonic boom, super sonic

Enjoy it......!!!

Exam is around a corner

Assalamualaikkum...

Hari ini aku telah datang ke kolej dengan awal sekali iaitu pukul 8 sudah sampai.  Awalkan?  aku keluar rumah pukul 7:15 n sampai kat Batu 3 pukul dalam 7:40, dan aku duduk kat bus stop tak sampai 5 minit bas Metro pun sampai padahal time tu aku pegang Kad Bit RapidKL tapi naik jelah karang tunggu yang second trip lambat pula.

Sampai-sampai je aku cadang nak p 7Eleven nak cucuk duit tapi kacau pula, mesin sedang diservis.  Terpaksa ke surau terus.  Tapi apa kena mengena tajuk aku dan cerita ini??  haha..saja je nak memanjangkan entry aku ni..sorry guys.

Aku nak cerita pasal jadual exam sebenarnya, sedar tak sedar dah nak masuk bulan 4 esok dimana bulan inilah pelajar-pelajar Kolej Unikop akan mengalami ke'busy'an dimana common test akan bermula, so tak boleh main-main dah, kena serius tau.  Lagi-lagi kami yang semester 6 ni yang akan meninggalkan kolej tercinta tak lama lagi.

Ini dia jadual exam aku:

20 April 2011
9:00 AM-12:00PM
OMT 351 (AOM)

21 April 2011
9:00 AM-12:00 PM
EKO 120

23 April 2011
9:00 AM-12:00 PM
OMT 360 (OB)

26 April 2011
2:15 PM-5:15 PM
ACC 100

30 April 2011
9:00 AM-12:00 PM
OMT 340 (Law)

Kenapalah gapnya sangat dekat, isy.  Aku takut lak bila Eko paper ke 2, memang tak bersedia.  Hope carry mark bagus.  Alhamdulillah Eko ada peningkatan, aku tak pernah ponteng kelas.  Markah kuiz lak bagus tapi 1 je fail but test tak tahulah, hope luluslah.  Aku harap dapat lepas semua paper.  Aku akan kurangkan Facebook dan blogging sebab sem lepas dah menyedarkan aku wei.

So mari kita belajar ek rakan-rakanku. :)


Wednesday, March 30, 2011

Ada apa dengan 5 April & 16 April???

Assalamualaikkum semua......!!!!!

Okay tadi aku dan rakan-rakan kelas ku telah mengambil slip MUET di Bilik Peperiksaan.  Dan kami telah mendapat tarikh untuk ujian speaking.  Aku kena pada 5 April iaitu selasa next week..OMG!!!  pukul 11 pagi tapi memang bernasib baik kerana aku sama tarikh dan sama masa dengan Eja, at least ada geng juga tapi Sofia lak 11 April, adoi lambat lak, tak genglah kami.

Memang berdebar wei yalah speaking aku cakap korang memang den lomah sikit, bukan sikit sangat banyaklah.  Aku leh je cakap tapi dalam hati but bila nak cakap depan-depan, lidah dan mulutku terkelu wei, sepatah perkataan pun tak terkeluar gara-gara NERVOUS.  Hmmm....aku harap sangat dapat soalan yang senang-senang dan hope juga aku dapat band 3 ke atas supaya tak payah aku nak repeat semula.  Aku amik ni pun sebab aku kan nak amik degree.  Dengan MUET inilah aku leh ke degree.

Bercakap tentang degree, kalau orang lain tengah pening nak amik course apa aku pula dah dapat apa yang aku nak.  Insya Allah kalau diizinkan Allah SWT, aku akan mengambil Bachelor of Science Information Studies Library and Information Management.  Aku berharap dapat masuk degree supaya adik aku boleh ikut jejak langkahku dan nak mama n papa merasa juga anak dia belajar degree, b4 ni asyik cakap pasal anak orang masuk degree tu, degree ni.  Biar pas ni mama pula cakap pasal anak dia kan?

So doakan aku wahai semua...

Nak out dulu......byeeee!!!!

Common Test & MUET

Assalamualaikkum semua......

Tak lama lagi nak masuk bulan april...iaitu bulan dimana aku akan berusia 21 tahun.  Wah macam tak percaya aku nak 21 thn dah, rasa macam pantas je berlaku.  Bolehlah aku menjalankan tanggungjwbku sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.

Selain tu, common test n MUET akan bermula.  MUET akan bermula 4 April-13 April tapi senarai nama tak keluar lagi, serius aku cakap aku sangat takut dgn MUET ni lagi-lagi speaking.  Speaking ni lagi penting wei, aku sangat harap aku akan lulus MUET ni, kalau gagal kena amik lagi kan? lagipun aku kan nak amik degree nanti.

Dan yang paling penting sebelum ke final exam, aku akan menghadapi common test dimana 4 paper aku akan amik wei, terbaik tak?  Inilah jadualnya.

8 APRIL 2011
EKO 120

11 APRIL 2011
OMT 340 (LAW)

14 APRIL 2011
OMT 351 (AOM)

15 APRIL 2011
OMT 360 (OB)

Masanya kebanyakkan pagilah.  Aku nak sangat score untuk common test supaya aku punya carry mark ni tinggi dan confident aku tinggi untuk jawab masa final tapi yang paling penting adalah lepas semua paper (itu matlamatnya). Doakan ek.  K lah babai!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Menyampahnya...;(

Arghhhhh...tension aku.  Td aku me'makeup'kan aku punya blog dengan meletakkan background yang baru.  Hope korang semua akan suka tau,  tapi yang menyampah dan menyakitkan hatiku ini.  Broadband aku teramatlah lembab nak mamposssssss.........  Aku dah fedup gilalah, dah berapa kali aku tarik and pasang balik wei.  Bkn jadi Celcom 3G atau HSDPA tetapi terus ke tahap lembab nak mampos iaitu EDGE.

Kenapalah line broadband celcom aku ni macam p***t.  Mana taknya, aku duduk kwsn bandar tapi line mcm kat kampung aku.  Masa tengok kat iklan bukan main, kawasan tulah, kawasan inilah.  Tapi haprak.
Rasa nak tukar je tapi keluarga aku bukan senang mana pun, kena tunggu aku kerja dulu.  Aku cadang nak pakai Unifi tapi tengok dululah.

Lagi satu bila nak download video dari Youtube, memang lembab sampai aku naik fedup.  Bila nak download je tiba2 terputus dan akan keluar 'operation time out', what the fish wei.  Aish sabar jelah tapi sampai bila kan??? bengangnya boleh tekanan darah tinggi aku ni.

Oklah aku nak chow dulu.  Jumpa nanti lagi, babai!!!!!!!!!!

Monday, March 28, 2011

Super Junior-No Other :)



ASSALAMUALAIKKUM

Wee....akhirnya dapat upload video ni.

Sangat sukakannya


I  LOVE SUPER JUNIOR

especially SIWON

tapi kan aku nak download msk kat laptop aku tak leh lak..

mana taknya lembab nak mampus...

bila nak download je mesti terhenti...geramnya.

dalam video ni semua kumpulan Soju sgt comel n Siwon yang paling comel dan hensem

sebab rambutnya..geram nyah!!! haha

ini dia gambar SIWON yang comel...bye.


Lawa x aku edit..comel tak pakwe aku..haha

Sunday, March 27, 2011

Sayang family saya...(:

Assalamualaikkum...!!!!!!!!

Tadi aku & adikku telah mengedit gambar family kami makan di Restoran Satay Haji Samuri yang terletak di Selayang Mall.  Sorrylah aku x buat entry pasal makan2 bersama family aku sebab teramat malas...haha ;p.
Tapi aku bagi korang tgk gambar yang aku edit menggunakan Picasa & my feveret editing software; Photoscape.

Mula2 aku nak ajar adikku cara nak buat gambar kolaj menggunakan Picasa entah macam mana kerajinanku telah bermula, so aku pun editlah terus.

Segala penat lelah mengedit gambar menghasilkan sebuah gambar yang sangat cantik.  Sangat puas hati wei, terima kasih kepada adik bongsu yang sangat rajin nak tolong.  Dan inilah hasil kami berdua:


LAWA TAK???

SILA KOMEN TAU

K TU JE.....BYE!!! 

Saturday, March 26, 2011

Jejaka Idaman Malaysia

Assalamualaikkum & helloooooo.......

Okay, tadi aku baca paper 'Berita Harian' n aku bacalah di bahagian XY (cerita tentang lelaki).  So aku tertarik dengan satu tajuk iaitu JEJAKA IDAMAN.  Sangat menarik kan terutama pada kita yang girls2 lah..heee.

Mereka senaraikan jejaka2 idaman wanita di Malaysia seramai 10 org, mari aku senaraikan nama-nama yang tersenarai di dalam list JEJAKA IDAMAN.  Enjoyyy........


 1)  Anuar Zain

Semua sedia maklum dengan kekacakan adik kepada Ziana Zain.  Walaupun sudah berumur 41 tahun tetapi aura kekacakannya menjadi igauan setiap wanita terutama ketika membuat persembahan.  Dia sering dijadikan pilihan semasa Minggu Setiausaha, seronoklah kakak2 secretary.  Sesiapa nak dekat dgn Anuar lehlah jadi secretary ek. Hehe..korg agkkan siapa yang akan bertakhta di hatinya kan? (Bertuahnya....) 

2) Azlan Iskandar

Bintang Skuasy berjaya ini sering menampilkan aksi cemerlangnya.  Jejaka kacukan Inggeris-Sarawak ini adalah bintang skuasy lelaki paling kacak yang sering menjadi perhatian setiap wanita.  Korang agak dia ni solo ke dah berpunya?

3) Zizan Raja Lawak

Bintang Raja Lawak ini semakin laris dan menjadi perhatian pada tahun 2011, jejaka yang dikaitkan dengan Juliana Evans ini pandai berjenaka dan itulah yang menyebabkan beliau kini diminati ramai peminat  tidak kira tua atau muda.

4) SM Faliq SM Nasimuddin

Selepas abangnya berkahwin dengan Marion Counter, adiknya kini menjadi sasaran untuk digilai ramai wanita.  Semua tahu kesemua anak2 lelaki pengusaha NAZA teramat kacak dan menjadi tumpuan media kerana aura yang mereka ada.  SM Faliq ini aku minat tau, aku minat masa dia muncul kat Majalah 3.  Time tu dia pakai cermin mata, kalau dapat dia bertuah weh...:)

5)   Khairul Fahmi Che Mat

Sejak pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia di Piala AFF Suzuki, penjaga gol ini telah mencuri tumpuan kerana ketangkasan beliau menangkap bola.  Khairul Fahmi ini adalah jejaka bujang yang berharta dan kacak tetapi sayang kerana dia sudah mempunyai teman wanita.  Kecewanya kan?


Tadi top 5 ke atas dan sekarang top 5 ke bawah 




6) Shaheizy Sam

Adik kepada pelakon Zizie Ezette ni makin popular dan menjadi pilihan ramai produser selepas membintangi filem 'Adnan Sempit'.  Dia ni kalau berlakon memang menjadi wataknya dari jahat ke psiko ke budak lembap dan apa saja watak memang menjadi.  Sekarang dikaitkan dengan Lisa Surihani dan aku amat suka kalau dia menjadi dengan Lisa...heee :)

7) Ashwad Ismail

Wartawan Astro Awani menjadi perhatian selepas ditahan di Kapal Mavi Marvara (maaf kalau salah eja ek).  Nyawa jejaka ini hampir melayang tetapi alhamdulillah beliau dan yang2 lain selamat.  Aku suka tengok dia ni sangat smart dan berkarisma (pandai2 je padahal aku mana ada Astro,haha).

8) Qushairi

Buah hati Yuna ini semakin menyerlah selepas mengacara rancangan pelancongan berbajet iaitu Destinasi Bajet.  Selain itu beliau terkenal selepas membintangi drama 'Blogger Boy' bersama bekas teman wanita Julie Woon dan Nas T.  Hope hubungan dia dan Yuna berkekalan ek.

9) Lee Chong Wei

Pemain No 1 dunia ni menjadi jaguh badminton selepas mengalahkan Lin Dan di Perlawanan Akhir All England yang berlangsung baru2 ini. Aura yang ada pada pemain kelahiran Pulau Pinang ini amatlah kuat.  Beliau adalah jutawan muda selepas mendapat pelbagai ganjaran dan dianugerahkan pangkat Datuk.  Siapa dapat dia bertuah gila kan?

10) Black

He's mine...hehe.  Aku memang minat gila jejaka ini wei sejak dia jadi juara Mentor.  Aku memang suka dia.  Dia ini comel dan hensem, lagi satu suaranya mantap gila wei.   Vokalnya memang mantap dan lantang gila.  

So mana satu pilihan korang?  Buat pilihan yang tepat ek...haha.  Kenapalah mereka tidak senaraikan Remy Ishak kan? itu pun jejaka idaman Malaya juga tu.  Ada reason kot...haha.


Wednesday, March 23, 2011

Kim Bum

Haloooo....aku kembali lagi ke dunia bloggingku..huhu.  Kali ini aku nak cerita pasal artis yang menjadi pujaanku.  Selepas Toma Ikuta, aku kini beralih ke seorang pelakon kelahiran Korea iaitu Kim Bum.  Kim Bum ni famous selepas berlakon drama yang sangat popular iaitu 'BOYS OVER FLOWER' yang dimana beliau memegang watak sebagai playboy yang bernama Yi Jung.

Faktor yang menyebabkan aku minat dia adalah kerana beliau sangatlah kacak weh (standardlah perempuan kan?).  Serius aku cakap muka dia sangatlah comel n pipi dia tu aku rasa nak cubit je.  Aku sekarang dah suka kumpul gambar Kim Bum ni n letak di laptopku.  Pas tu sekarang aku suka letak gambarnya sebagai wallpaper laptopku sampai aku rasa family aku kalau buka, mesti nampak muka dia kan? aku punya kan, suka hatilah nak letak apa.

K lah aku nak tido, esok ada kelas.  So jumpa lagi byeeeee..........:)

Before mengundur diri, aku akan meletakkan gambar Kim Bum sebagai tatapan untuk korang semua..:)





Sunday, March 20, 2011

Tension

Serius aku cakap sekarang aku mengalami tekanan...

SEKALI LAGI AKU MENGALAMI TEKANAN
 Esok dahlah test akaun, satu apa x faham
mana taknya..bila buat je mr.IS n mr.BS, mesti jwpn kat buku lain dari jwpn yg aku wat

Sakit hati tolllllll........ 
tolong aku.....:(
kuatkan semangat aku Ya ALLAH......  
 

Saturday, March 19, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa yang hebat :)



Movie yang paling gempak & bez tahap terbaik

hasil karya anak MALAYSIA (Yusry KRU) yang patut dibanggakan wei

filem ni berbajet rendah tapi aku cakap korg tahap HOLLYWOOD

Pelakon yang dipilih pula sangat sesuai

aksi masa lawan sangat ganas, pantas serta seronok, mana x nya diajar oleh stuntman dari Hong Kong 

yang selalu menjadi stuntman utk filem Jackie Chan

antara pelakon yang menjayakannya adalah:

MALAYSIA 

Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa
Ummi Nazeera: Embok
Khir Rahman: Kamawas
Wan Hanafi Su : Taji
Rahim Razali : Kesum
Umie Aida: Lang
Deborah Henry: Yesoddhra
Hafizuddin Fadzil: Raja Phra Ong Mahawangsa
 

ANTARABANGSA

Jing Lusi: Meng Li Hua, Puteri China
Gavin Stenhouse: Marcus, Putera Rom
Craig Robert Fong: Liu Yun, Laksamana China
Eric Karl Henrik Norman: Lycius, Laksamana Rom
Keith Chong: Maharaja China

Yang sangat hebatnya tayangan filem ini di Malaysia adalah serentak di 71 buah negara luar yang lain.

sangat menakjubkan

I GIVE 10 STARS FOR THIS MOVIE

siapa yang x tgk rugi aku cakap korg....
p lah tgk ek, sokong filem Malaysia
Syabas kepada KRU kerana berjaya membuat filem sejarah negeri Kedah
TAHNIAH 

 

 


 

   

Saja je

sampai masa tibanya waktu

redup hati kaum berdua

bila dua jasad bersatu

hidup mati jadi bersama

dari filem Hikayat Merong Mahawangsa, sangat suka kata-kata ini

Rindu

Aku amat rindukan nenek aku...:(
hari ini mama, papa n adik aku balik kg..
sebab ada tahlil hari ke 40 nenek aku meninggal

Serius aku cakap...
aku TERAMAT RINDUKAN NENEK aku
apakan daya Allah lebih menyayanginya
aku selalu teringat akan saat dia dimandikan, dikafankan, dan aku masih bau bedak sejuk yang dipakainya semasa aku menciumnya di tanah perkuburan

Aku masih ingat saat aku mencium pipinya masa nak pulang ke KL
ingat saat dia datang ke rumah aku, seronok je bila datang rumah kami
pemberian pertama aku kepadanya adalah satu set cadar, sarung bantal dan sarung bantal peluk
itulah yang pertama serta terakhir
  masa aku nak balik kg CNY, kami singgah di Teluk Intan
aku cadang nak beli something untuk nenekku kalu duit loan dah masuk, tapi x masuk.  So x belilah.
Rupanya ada hikmah disebaliknya.

ENCIK 
Julia teramatkan rindukan encik, segala memori akan terpahat di hati.
Julia amat sayangkan encik..
Really2 miss u...:(


AL-FATIHAH!!!! 
 


 

Rejected..

ADOYAI

Impian aku nak praktikal kat PERPUSTAKAAN NEGARA

tidak berjaya dan direject...:(  

hari tu macam positif je...

SEDIHHHHHH....... 
   yalah aku memang nak sangat praktikal sana...

Mcm mana aku tau kan?

PA encik Zulkifli (orang yang handle praktikal di UiTM Jengka) 

yang hantar mesej tu kat aku n kwn aku

kami apply tempat yang sama

2 tempat lagi x tau keputusan iaitu


MEDAN MARA

DBKL MEDAN TUANKU  

 hope dapatlah antara 2 ni kan...

aku nak sangat tempat keje yang stesen basnya dekat...

senang nak balik kan??

So gud luck to me n Wan Nurhafizah....

:) 


Test-Quiz

YEAH...
aku akan menghadapi  Cabaran
di mana aku akan ada kuiz & test 
iaitu :

Isnin --->AKAUN 

Selasa --->OB & EKONOMI

Bayangkanlah, baru je start tekanan bagi aku wei....

JADI...

Aku akan belajar bersungguh2 untuk mendapat keputusan yang sangatlah BAGUS

Aku nak berjaya sem 6 ni supaya aku dapat sambung   

DEGREE...  

^_^ 



    








Saturday, March 12, 2011

Bisnes sampingan

Aku sekarang sedang mencuba bisnes untuk menambah duit poketku.  Aku amat menyesal kerana berjoli sakan dengan duit PTPTN aku selama 6 sem.  Kalau aku x berjoli sangat mesti dh banyak duit aku dalam ASB tau.

X pe lupakan cerita lama, kita buka lembaran baru tau.  Aku membuat 2 bisnes iaitu:

-Meniaga topup
-Mentag gambar di Facebook

So aku hope sangat bisnes akan berjaya, so sokong aku tau..:)

Terima kasih

Sunday, March 6, 2011

OMG...Remy Ishak (:

Entry kali ini agak kegatalan dan kemiangan dari aku...huuu.  Gadis mana yang sukakan REMY ISHAK, please raise your hand (including me).  Siapa x kenal pelakon yang amat kacak dan macho ni.  Muka kemelayuan dia amat terserlah sampaikan kwn aku yang sebelum ni x berapa berkenan nak minat pelakon melayu pun leh terpikat dengan kekacakan beliau.

Aku start minat dia bila dia berlakon drama lakonannya yang sangat best iaitu "Nur Kasih''.  Memang kacak gilalah wei.  Selain tu dia berlakon jahat pun pandai macam satu drama yang dia lakonkan di TV3 yang dia berlakon dengan Rita Rudaini (x ingat pula tajuk drama tu).  Dia pikat Rita Rudaini n jadikan dia keldai dadah yang dimana akhirnya Rita Rudaini digantung sampai mati.  Isy..isy kasihannya. Aku kalau mana2 drama yang dia akan berlakon aku akan pastikan aku menontonnya.

What can I say, I love him lah....aku suka time dia dalam iklan Dashing, sangat kacak wei.

 
Macho












:)

  





Nur Kasih The Movie

Wah...aku x sabar nak menonton filem ini kerana aku adalah salah seorang peminat drama kegilaan ramai ini. Ramai suka sebab drama ni dijadikan filem sebab cerita ini sangatlah seronok.  Filem ini menampilkan pelakon seperti Remy Ishak (I love him so much), Tiz Zaqyah n also Fizz Fairuz.  Turut berlakon pelakon cilik Mia Sara Nasuha.  Akan ditayangkan pada bulan Mei yang dimana aku x ingat tarikh tayangannya.

Cerita ini mengisahkan 2 adik-beradik iaitu Adam dan Aidil.  Kedua2 mereka ni berlainan perangai dan Nur Amina telah mengubah kehidupan mereka.  Aku harap dapatlah duit cepat sebab nak tengok sangat movie ni. Hope cerita ini akan menjadi box office.

Wednesday, March 2, 2011

Movie yang aku nak tengok sangat

Tahun ni banyak keluar movie-movie tempatan yang seronok wei.  Aku senaraikan 3 filem yang aku mahu tonton.

Filem Tempatan yang aku nak tonton







 1.  ''KONGSI''

Aku nak tgk cerita ni kerana ada Shaheizy Sam.  Dalam cerita ni dia pegang watak gangster tetapi yang kelakarnya dier cakap bahasa Kelantan, bez giler woo.
Selain dia adalah Farid Kamil, Bront Palarae, Yana dan ramai lagi.
Semua tahu lakonan Sam memang terbaik. 

2. ''OMBAK RINDU''

Filem ni pula berdasarkan sebuah novel yang popular di Malaysia ditulis oleh Fauziah Ashaari.  
Novel ni memang best dan hope ceritanya seperti novel ini.
Lakonan Aaron Aziz sebagai Haris, Maya Karin sebagai Izzah dan Lisa Surihani sebagai Mila.
Ramai yang bantah Maya menjadi Izzah kerana wajah Maya tidak menggambarkan gadis kampung tetapi who's know watak ni memang sesuai dengan dia kan.
Aku nak tgk sebab my ''boyfriend'' berlakon siapa lagi kalau bukan si kacak Aaron.
Nak tgk watak Haris kena tak dengan dia.

3.  ''KL GANGSTER''

Satu lagi filem lakonan Aaron Aziz.  Aku memang suker tgk cerita sebegini yang banyak aksi.  Yang bestnya Zizan pun ada, mesti seronok kan?
Shamsul Yusof, Adi Putra serta Soffi Jikan turut berlakon.
So mau tengoklah...:) 


Jadi sokonglah Filem-filem tempatan kerana jika bukan kita yang menontonnya siapa lagi.

''Filem Kita Wajah Kita'' 















Gila Ice Blended

Yeah...
Aku amat gilakan ice blended lagi2...
perisa CHOCOLATE n CAPPUCINO...
Wah beznyer kalau time macam ni ada yang sanggup belanja aku...
yang masih menunggu duit....
tapi tidak masuk lagi..:(


Flavor yang selalu menjadi pilihanku iaitu Chocolate..
lagi umphhh jika letak krim coklat...
terangkat beb...!!!


Ini juga diantara kegemaranku...
CAPPUCINO...
Sangat sedap dan terangkat...
bila letak whipping cream...
Perghhhhhh......sedappppppppppp!!!


AKU AMAT GILAKAN ICE BLENDED......