Saturday, October 30, 2010

Broken Heart..:(




Dah lama gila tak update blog ni..yalah aku ni bukannyer kreatif mana nk wat cerita bru mcm blogger yg lain. Tapi aku nak cerita satu ni. Kenapa ''Broken Heart''??aku ni baru putus cinta ke sedangkan aku ni mana ada pakwe kan??ok mcm ni ceritanya, aku ni ada minat pada seorg rakan kolejku dan tak pernah aku minat lelaki sampai mcm ni sekali. Aku minat dia kerana mukanya yang amat cute and nampak innocent.hee..:).

Aku minat dier sejak sama group masa induksi dulu. Selama 5 sem aku minat kat dia, kalau nampak hatiku akan berbunga riang (bak kata sir Azam pada aku ''Dalam hati ada taman''). Dia budak mana?tidak akan ku nyatakan hanya rakan2 terdekat je yg tahu. Aku memang minat giler2 kat dier. Dan kebetulan aku ni satu unit dgn rakan kelas si dia, banyak cerita aku korek pasal dia dan diaorg ada juga cerita pasal dia kat aku. Dan kebetulan juga kwn sama course dgn aku pun kenal dia. Jealous juga bila kwnku cerita yang dia minat pada kawanku ni. Arghh..bencinyer!!

Satu hari kawan aku datanglah hostel aku nak buat assignment. Tgh dok bersembang, kwnku ckp yg si dia tahu aku ni minat kat dia. WHAT???OMG???hatiku berdetup detap mendengar kata2nya. How he know my feeling???kawan aku kata dia yang perasan setiap kali aku nampak dia, aku pandang dia lain macam je. Lelaki tahulah macam mana perempuan kalau minat kat seseorg. Aduyai..aku banyak malu dan tak terkata. Selepas kejadian itu, aku asyik berfikir je. Adakah aku patut luahkan apa yang terpendam dalam hatiku ni pada dia?selepas berfikir aku tekad nak luahkan perasaan ku ini.

Aku pun buka facebook, tgk samada dia online atau tidak. Dan dia online, aku nk luahkan time dia offline. So aku sign out from facebook. Dalam 10 minit lepas itu, aku buka balik dan dia tak online. So aku luahkan perasaan ku ni pada mesej. Dan keluarlah segala madah dan luahan perasaan. Aku pun sign out dan terfikir adakah dia balas dengan positif or what. Aku pun bukalah dengan hati yang sedap berdegup giler. Dan dia katakan ''MAAF AKU DAHPUN BERPUNYA''. Haiyaa..saya banyak sedih dan akupun balas balik ''Ya ke, tak tahu pula kau dah berpunya''. Dalam hati aku hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya hati.

Hmmm....nak buat macam mana aku dan dia memang tak ada jodoh kan?kalau aku luahkan awal2 adakah dia akan membalasnya?hmm..tak tahulah. Tapi sampai sekarang aku masih sayangkan dia sangat2 dan masih mengharap cinta aku akan terbalas satu hari nanti. Insya Allah!!!amin..amin..amin :)