Friday, December 31, 2010

Esok cuti

Cuaca hari ni memang bez, sejuk yalah aku bangun pagi tadi basah kat luar rupa2nyer hujan.  Sekarang ni aku tengah mengantuk sat lagi mulalah mataku berat.  Tapi demi blog tercinta sanggupku menahan mataku, tipulah ko padahal mata ko dah kuyu.  Ada satu berita gembira dimana Perdana Menteri kiter, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan esok adalah cuti umum sempena kejayaan pasukan bolasepak Malaysia.  Thank u Datuk dan juga pemain2 Malaysia.  Aku pulak sibuk seronok cuti padahal sekarang kan aku tengah holiday.

Pemain mungkin dah sampai Malaysia.  Mesti ramai yang sambut mereka di KLIA.  Hadiah 2010 yang amat bermakna untuk kiter.  Semlm masa pemain kiter on da way nak ke stadium, depa naik kereta perisai.  Wah ini adalah yang pertama di Asia, kerana faktor keselamatan.  Sebab penyokong fanatik negara Indon dok tunggu kat luar nak baling batu kat depa.  Masya Allah, apalah diaorg ni.

Coach Malaysia, K. Rajagobal merasa amat kecewa dengan layanan buruk penduduk Indonesia.  Bila diaorg datang tempat kiter, kiter layan baik n 1st class tapi depa ada ka? hmmm...penatlah.  Lantak p korglah.

 Yeah kamilah JUARA!!!

p/s  Rupa2nyer Mohd Ashari sudhpun berkahwin, nak ada anak dah.  Sedihnyer :( 

Thursday, December 30, 2010

Akhirnyer kiter juara..

Wah nampaknyer impian rakyat Malaysia termakbul apabila pasukan Harimau Malaya telahpun menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.  Walaupun kiter kalah dengan Indonesia 2-1 tetapi kiter menang dengan agreggrat 4-2, alhamdulillah.  Kiter telah buktikan kepada rakyat Indonesia bahawa kiter boleh memenanginyer.  Ingat pasukan Malaysia takut sangat dengan ancaman, fitnah dan provokasi korg, x delah.  Kami Harimau Malaya telahpun membaham garuda korg dengan rakusnyer, amik korg ayt power aku.

Hmmm...ternganga mulut korg pasukan kami menjulang piala itu.  Mana p si Julia Perez yang x guna tu?  kata nak sangat laser mata pemain2 Malaysia sampai buta, x buta pun aku tgk still bertenaga je melawan pasukan ko. Entah-entah polisi di sana x benarkan ko masuk, padanlah dengan muka ko yg x cantik sangat tu. Tapi tadi korg perasan x, muka kacak penjaga gol Malaysia siapa lagi kalu bukan Khairul Fahmi Che Mat terkena sinaran laser.  Ada x dier cakap kat refree mcm Markus si botak tu buat.  X de kan?  Well, kiter kan professional beb perlu ke kiter besar2kan benda remeh-temeh ini. Hmmm...dasar Indon.

Tadi masa upacara hadiah, muka salah seorang pemain Indonesia iaitu Firman yang menang entah apa anugerah entah, muka macam berlagak giler, huh menyampah aku. Blahlah ko, td tendang bola masa penalti pun x masuk apalah. Hah jahatnyer aku kan??

Gol kiter telah disumbangkan oleh hero kiter yang juga telah memenangi 'Anugerah Penjaring Terbanyak' iaitu Safee Sali, tahniah Safee.  U make Malaysia win this cup.  Tak luper juga penjaga gol yang telah banyak bertungkus-lumus menangkap bola dengan baik, Khairul Fahmi Che Mat. Dan juga pasukan yang len juga, tanpa usaha kalian mungkin kiter tidak akan sampai ke tahap juara.  Kami rakyat Malaysia bangga dengan usaha dan kejayaan anda. :)

 Piala yang telahpun menjadi milik kiter 

Penjaring gol terbanyak; Safee Sali.  Terbaiklah ko!!!

 HERO HARIMAU MALAYA

Tak luper juga kepada K. Rajagobal yang mendidik pemain-pemain Malaysia dengan baik sekali.  Tahniah, hope dapatlah title 'Dato' kerana sumbangan anda.

So, kiter sumer tengah bergembira dengan kejayaan Malaysia.  Hidup Malaysia, 1Malaysia!!!

^_^ 

Apa lagilah Indon ni

Tadi aku tgk berita kat TV3
ada ke persatuan bolasepak negara yang x mahu terima kekalahan tu (Indonesialah)
kata kiter ni ada pakai pemain import
diaorang kata Mahali tu berasal dari Indonesia...
manakala S.Kunalan pula dari India...
diaorg ni kenapa hah?
suka cari provokasi..apahal korg ni??
kenapa pemikiran diaorg ni amatlah bangang nak mampos...

Mahali n Kunalan tu rakyat Malaysia...
mereka lahir di Malaysia...
kalau x percaya suh diaorg tunjukkan sijil lahir, ic biru kebanggaan kitaorg...
kalau x cukup lagi...
p cari sendirilah kan? 
pas tu konon2nyer kiter kena saman n x leh main selama 4 tahun..
aish x faham tol aku pemikiran rakyat Indonesia...

Apa-apa jelah...yang penting kami dah kalahkan korg k...
kalu kami kalah sekalipun kami x kecewa
kami boleh terima seadanyer
tapi, kalu korg yang kalah
leh ke korg terima hakikat??
aku rasalah lagilah banyak provokasi..
kata macam-macam

Lantak korglah...
yg pasti Allah SWT tahu segala2nyer...
siapa yang salah dan benar hanya-Nya yg tahu..
doakan kejayaan pasukan HARIMAU MALAYA!!!
beberapa jam lagi...
x sabar beb..:) 




Wednesday, December 29, 2010

Sikap kurang ajar rakyat Indon....

Entry kali ini memang menyakitkan hati sikit.  Sekarang tengah hangat perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung esok di Stadium Bung Karno, Jakarta pada pukul 7:30 malam.  Perlawanan ini adalah perlawanan yang menjadi bualan sejak dari minggu lepas, sampaikan aku rasa ada yang melupakan seketika bolasepak Eropah. Siapa kata bolasepak x hebat, beb?

Semua maklum tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia 3-0 pada 26 disember hari tu.  Kemenangan itu adalah balas dendam selepas Malaysia pernah diratah Indonesia 5-1 pada awal pertandingan. Kemenangan kiter sebenarnya tidak disukai oleh peminat bolasepak Indonesia kerana mereka merasakan pasukan negara mereka yang patut menang.  Mereka tidak dapat menerima kekalahan.  Isy berlagak betul, kalau ya pun janganlah macam tu sekali, diaorg ni x de semangat kesukanan, ego tinggi, berlagak.

Nak tahu x kenapa diaorang kata pasukan Indonesia kalah? disebabkan pancaran laser yang kena muka penjaga gol Indonesia, Markus.  Eleh, x kan sebab itu?  mana bukti mengatakan rakyat Malaysia yang buat demikian? dalam berita, pihak berkuasa telah memeriksa mengatakan bukan setakat rakyat Malaysia yang membawa laser tetapi rakyat Indonesia juga.  Mereka tidak tahu, rakyat mereka yang memulakan dimana muka penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee terkena pancaran laser.  Ada x rakyat kiter perbesar-besarkan hal ini. tidak kan?  ini kerana rakyat Malaysia tidak suka benda remeh temeh dibesarkan.

 Kalu korg perasan kat anak panah tu, ada sinaran laser berwarna hijau kat dahi pemain gol ini.

Macam-macam media Indonesia tulis dan cakap benda-benda buruk pasal pasukan kiter, antaranya:

Yang kita menggunakan bomoh semasa perlawanan.  What the heck, korg ingat kami ni macam korang ke nak pakai sihir-sihir.  Kalu kami pakai sihir dah lama kami menang masa first tu

Tadi tengok Buletin Utama segmen sukan, ada satu keratan akhbar dimana gambar penjaga gol Indonesia tengah menggaru kakinya semasa duduk di padang.  Mereka kata kiter yang hantar ''something'' supaya kaki penjaga gol tu gatal, memang suker fitnah.

Lepas tu adalah aktres Indonesia ni, Julia Perez nak pakai coli yang ada laser supaya pemain-pemain Malaysia buta kena laser.  Dia nak balas dendam terhadap laser yang terkena penjaga gol, Markus.  Ni sorang lagi x de otak.  BENGONG DAN BLAHLAH KO!!!!

Macam-macamlah diaorang ni.  Kenapa jahat sangat, x kanlah x leh terima kekalahan.  Kata Jurulatih Pasukan Indonesia, Alfred Rield faktor kekalahan Indonesia bukan disebabkan pancaran laser tetapi kerana sikap pemain.  Dier sendiri tidak faham kenapa pemain-pemainnya tidak dapat memasukkan sebarang gol.  X salah aku juga, dier macam tertekan dengan media Indonesia yang suka membesar-besarkan satu perkara.

Semua sedia maklum, media Indonesia ni memang terkenal dengan sikap suka membesar-besarkan satu cerita.  Ramai aktres dan aktor sana mengatakan media Malaysia tidak seperti media disana. Media kiter ni x lah jahat sangat kan?  Tetapi aku salute dengan rakyat Malaysia kerana tidak mudah melatah dengan sikap kurang ajar dan biadap rakyat Indonesia kerana kiter ni bersikap rasional dan matang kan?  Congrats all Malaysians.

Apa-apa punlah.  Hope Malaysia berjaya merangkul Piala ini kerana sudah 14 tahun kiter tidak memiliki Piala ini.  Diharap boleh fokus n tumpu pada perlawanan, pedulikan kata-kata sinis rakyat yang tak berguna kat sana tu. Aku amat berdebarlah dengan perlawanan ini, hope sangat kiter berjaya, amin..amin...amin.


HARIMAU MALAYA BOLEH!!!

MALAYSIA BOLEH!!!

PROUD TO BE MALAYSIAN ^_^














Tuesday, December 28, 2010

Tahniah...

Sumer sedia maklum kan, Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia 3-0. Fuh..memang terbaiklah.  Masa perlawanan tu memang seronok, yalah pemain2 kiter sumer memang agresif bila main.  Macam nilah kan?

Tahniah kepada Safee Sali, Asharudin Samsudin dan pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha.  X luper pemain yang len yang turut bertungkus-lumus.  Tahniah juga pada K.Rajagopal kerana mendidik dengan begitu baik sekali.

Hope kiter akan berjaya di final kedua di Indonesia.  Hope sangat kiter berjaya membawa pulang piala itu kan??

Ini dier video detik dimana gol yang dijaringkan oleh Harimau Malaya. Enjoy!!!

 

Harap kiter akan merangkul Piala Suzuki ini!!

Hidup pasukan MALAYSIA.















Monday, December 27, 2010

Sakit hatiiiiiiiii........!!!

Ya sekarang aku tengah sakit hati, sebab apa?  Apa perasaan korg jika kiter tengah bersenang-lenang main laptop ada yang ganggu?  sakit hati kan?  aku selalu jadi macam tu, diganggu oleh parasit2 yang menyakitkan hati aku iaitu adik2 aku.  Sebenarnya aku dah lama pendam benda ni, aku teramat sakit hati n sakit jiwa. Kadang2 aku menangis mengenangkan apa yang diaorg telah lakukan pada aku.

Semalam aku banyak menangis.  Mak ayah aku bukan nak back up aku, tapi back up adik aku terutama yang bongsu tu.   Dier selalu nak conquer laptop aku, hei ko ingat laptop ni ko punya?  ini aku punya, suker hati akulah nak main brp lama kan?  ko jgn ingat aku maafkan sesenang je, aku ni jenis yang suker berdendam, kalu sekali aku tak suker aku akan x suker selama2nyer. Aku dah fed uplah, hati aku teramat-amat amat amat sakitttt....

Sunday, December 26, 2010

The things that u should know about me...

Ok..hari tu last post luper nak mention kenapa sudh lama aku update my blog. First sekali, kerana aku balik kg hari tu.  Aku ingat kat kg line broadband baik punya tapi tidak rupanyer. Wrna hijau je memanjang, lembap nak mampos. Second sebab all my cousins conquer my lappy, mcm mn nak main kan?mama pun kata bagilah diaorg men, oleh kerana aku sayangkan mereka, so bagi jelah. Jelas x reasonnya??

Entry kali ini nak cakap pasal perangai aku ek.  Apa yang patut korang tahu pasal aku.  Maybe ada benda korang x tau pasal aku.  So jom kiter korek pasal diri aku:-

  1. Aku ni sebenarnya amat bencikan makan sayur.  Hah, jgn terkejut.  Aku ni x makan sgt sayur2 ni lagi-lagi yang pahit. Puas mama aku pujuk aku makan sayur, x mahu gak. That's why mukaku byk bintik..hehe.
  2. Aku amat degil orgnyer, bak kata org utara ketegaq noo...teramat degil sekali.  Kalu mak aku kata apa aku tetap buat jugak.  Jahat x?
  3. Panas baran.  Yeah that's me.  Aku ni kuat mengamuk. Kalau x dapat balik laptop aku dari adik aku, mesti aku mengamuk mcm org giler.  Aku terfikir dari mana datangnya sifat ini, aku rasa dari arwah atuk aku, atuk ni panas baran n garang.  Itu sebab kebanyakan cucu-cucunya garang2 belaka kan?
  4. Kalau minat artis  x terlalu fanatik sangat, mcm kumpul poster, beli album.  Aku bukan jenis mcm tu tau, kalu minat, juz minat je x delah sampai nak kumpul2 barang.
  5. Cepat bosan.  Aku ni cepat bosan, misalnya kalu dengar lagu x sampai separuh mesti tukar lagu lain.  X taulah kenapa.
  6. Susah nak maafkan org.  Hah, aku kalau x suker aku akan benci org tu sampai bila2. Kalu dier dh maafkan, aku akan berdendam kalu ingat apa yang diaorg telah buat sampai aku benci mereka.
  7. Mudah touching, biasalah perempuan.  Aku x leh tengok org2 miskin tepi2 jalan, tengok org tua berjalan jauh, kalu tgk mesti sedh n terbayang mcm mana diaorg leh hadapi sumer ini sendiri.
  8. Teramat gilerkan char kuey teow, nyum..nyum.  Nampak je makanan itu aku akan mudh terliur beb.  Sekarang teringin sangat ni.
  9. Aku sebenarnya benci menunggu.  Kalau dah lama menunggu mulalah muka aku berkerut menahan marah, dalam hati sumpah seranah.  What can I say, I hate that.
  10. Tidak suker minum minuman yang ber'o especially teh o, x leh msk tekak wei.  Penat tersalah beli air, nak try minum dan hasilnya aku nyer tekak x leh nak terima.  Aku kan cerewet.  Aku juga tak minum air bandung, cincau, soya, jagung, keladi, dan air yg lenlah.  Byk kot.
  11. X suker angkat phone jika x kenal no, aku jenis suker bersms dari call.  Kalu receive call yang x kenal, memang aku x angkat.   
Itu jelah pasal diriku.  Ada lagi tapi biar jelah aku je yang tau k.  K lah, see u in next post. Tata..:)

Friday, December 24, 2010

Chaiyok Malaysia ^_^

Sumer tahu kan Malaysia berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2010, yahooooooooo.......:).  Hepy tak terkata2.  So aku dan rakyat Malaysia yang lain akan menyaksikan perlawanan final pertama ini pada 26 dis pada pukul 8 malam.  Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan bagi mereka yang x p stadium, boleh menontonnya di TV1 (terima kasih).

So jom kiter sokong ramai pasukan Malaysia beb.  MALAYSIA BOLEH!!!

p/s:Khairul Fahmi, gunakan kemahiran anda sebagai penjaga gol dengan sebaiknyer.


Harap kegembiraan ini akan berterusan

-GOOD LUCK-

Thursday, December 16, 2010

edit..edit...edit

Kadang2 kalu aku x de keje nak buat, aku suker edit gambar. Entahlah dari mana datang minat edit2 ni tapi aku kalu edit biasa2 je, x lah edit gambar cantik sangat.  Aku suker tgk gambar yang org edit, diaorg kalau edit memang superb gilerlah.  Dulu aku edit guna Picasa tapi disebabkan kadang2 leceh juga Picasa ni.  So aku download Photoscape sebab ramai kata Photoscape ni bgs.

Teryata memang bagus Photoscape ni, aku edit yg simple je. Kalu ada mood, aku editlah, kalu x de jgn haraplah. Korg suker x edit gambar?kalu ya bagilah tips kat aku ek cam ne nak edit gambar yang teramat-amat cantik k.

Aku nak tunjuk semua gambar yang aku edit.


 Inilah dier..sory kecil ek.  X nampak sangat.

Antara gambar-gambar yang menjadi kegemaranku.







Thanks pada Mr. Photoscape for making my pics more beautiful..:) 





Kiter menang.....

Yahoo..kiter berjaya kalahkan pasukan Vietnam sebentar tadi. Malaysia menang dengan 2-0. Tahniah kepada anak didikan K. Rajagopal.  Hope kiter akan berjaya ke final, amin2. Perlawanan tadi berlangsung di Stadium Bukit Jalil.  Buktikan pada negara lain, pasukan Harimau Malaysia akan mengaum dunia bolasepak (semangat aku).

Harap Malaysia akan bangkit semula.  Go Malaysia!!!


Pasukan Malaysia yang harap dapat membawa pulang Piala Kejohanan AFF Suzuki 2010.


Safee Sali, wira yang berjaya mendapatkan 2 gol untuk Malaysia.   Teruskan usaha.


Khairul Fahmi, penjaga gol yang terhebat.  Setiap kali ada pemain Vietnam cuba masuk gol,
dier akan memusnahkan impian pasukan lawan.
Anda semua harapan rakyat Malaysia. 

~GOOD LUCK~ 

Proton Saga FL

Hari ni nak cakap pasal kereta baru keluaran Proton iaitu Proton Saga FL atau Facelift. Pelancaran kereta tu berlangsung tadi oleh Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.  Wah terror aku boleh tahu siapa Pengarah Urusan, yalah aku amik sumer info ni kat sebuah laman web www.arenakereta.com.

Harganya memang berpatutan iaitu RM37,998 bagi manual dan bagi automatik pula berharga RM40,988.  Ok kan harganya. Sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah.  Aku nak sangat kereta ni, sangat smart tapi lagi 4 tahunlah, mana ada duit lorh.  4 tahun nanti harganya akan lebih murah tapi kalu x 4 tahun, 2-3 tahun ke kan?

Oklah jom tengok gambar kereta.


                                                                         
    Bahagian depan


Bahagian belakang


Tempat duduk belakang

Aku harap dapatlah memilik kereta yang amat lawa ni :)

Wednesday, December 15, 2010

Dugaan...

Dugaan betul hari  ni beb...

mana taknyer...

pagi tadi (padahal tengahari aku bangun), bgs x anak dara mcm aku?

x de air...aku leh tahan...

tp x tahan x leh basuh pinggan...n baju x basuh...

tp nak wat cam ne kan?

aku pun mainlah laptop dgn happy dkt ruang tamu..laju lak hari ni...

pas tu ada org datang....so aku masuklah bilik...

main2...n bateri lappy nak habis..aku pun pasanglah charger...

n tgh syok2 charge sambil main internet...

tiba2 elektrfik tarak..so x charge bateri sampai habis...

terpaksa tutup...isy tak puas hati...

nasib baik elektrik ada b4 kul 5...

kalu x melepas nak tengok cerita Cinta dan Anugerah,,,

dugaan..dugaan..dugaan... 


Indigo & Juliana Banos-Sehidup Semati


 




Berkat kesabaran kita
Menempuhi segala
Ku bersyukur kau masih setia

P:
Kau insan teramat ku cinta
Namamu terpahat di dada
Untuk selamanya menyayangimu

L:
Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya

P:
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

L:
Ku berikan kasih kepadamu
Seluruh kehidupanku
Kerna itu saja buatku bahagia

P:
Ku rela korbankan segala
Yang ku ada di dunia
Moga kau gembira selamanya

( korus )

L & P:
Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

P:
Moga kita berpanjangan
(Moga kita berpanjangan)
Menikmati rasa cinta
Di antara dua insan... oh...
(Di antara dua insan)

L:
Ku berdoa setiap masa
Agar kita lebih lama di sini
Bersama kau di sisi

( ulang korus)

( Dialog )
"Kasih ku percaya
Kita berdua
Sehidup semati
Kini dan selama-lamanya
Sehidup semati"

 Lagu kegemaran aku dan kwn baik aku, Eja.  Hayatilah




Semangat tahun 2011

Sempena tahun 2011 yang akan tiba...

aku akan berjanji...

belajar bersungguh-sungguh...

supaya pelajaran aku x akan merosot...

aku tidak akan main-main lagi...

aku mahu serius dalam study...

keputusan yang lalu mengajar aku...

untuk sedar...

aku nak banggakan mama n papa aku...

adik2 akan jadikan aku sebagai role model...

amin2 ya robalalamin..


This is my promise k..:) 

Monday, December 13, 2010

Aku tak suker....

aku x suker bila aku hntr mesej kat mn2 (x kira facebook, phone, dll) x bls...

aku x suker bila kiter tanya macam2, x jwb...

aku x suker bila ada org mengarah2 aku sesuka hati...

aku  x suker bila ada gangguan jika aku buat hal sendiri...

aku x suker bila sembang psl pakwe masing-masing...jagalah hati aku wei... 

aku  x suker org yang berlagak...

aku x suker berpakaian seksi...

AKU X SUKER TAU...!!! 

Hannah Montana

Hari ni cakap pasal Hannah Montana.  Sebab aku dah suka sangat dengan cerita ni. Kenapa aku suker? sebab lawak, menyeronokkan dan paling penting menghilangkan ketensionan ku masa cuti sem ni.  Aku start tgk masa kt tv tp x follow sangat tp adalah satu hari tu adik aku letak drama ni dalam lappy aku.  Aku pun apa lagi, buka dan tengok. Memang seronoklah, ketawa aku sorg2 dalam bilik sampai ayh aku leh dengar dari luar.

Nak cerita sikit pasal drama ni.  Mengisahkan Miley yang mempunyai rahsia yang amat besar iaitu dia adalah seorang penyanyi yang terkenal iaitu Hannah Montana.  Dia terpaksa rahsiakan kerana mahu mempunyai kehidupan sendiri. Yang tahu rahsia dia adalah keluarga, bodyguard, dan 2 kwn baiknyer iaitu Lily dan Oliver.  Bagi aku drama ni memang fun lah. Aku suker bila Miley cakap 'sweet niblets', kelakar sangat. Dia ni suka gaduh dgn abangnya, Jackson yang pantang nampak perempuan cantik.  

Aku juga suker gelagat Jackson dengan ayahner, mereka suka gaduh.  Jackson bekerja di kafe milik Rico.  Rico ni sorg budak yang amat nakal dan kecil-kecil cili tapi orgnyer perangai macam hampeh. Amat berlagak, susah nak naikkan gaji, suka gelakkan org dan suker cari pasal dengan Jackson. Kadang2 bengang tgk perangai dier dan satu lagi perangai dier, pantang tengok perempuan cantik (gatal miang).


Lily dan Oliver adalah kwn karibnya.  Mereka selalu gaduh tapi aku suka persahabatan mereka, sangat fun.  Teringat lak kwn2 aku.  So marilah kiter berkenalan dengan pelakon-pelakonnya:

Miley Cyrus-Hannah Montana/Miley Cyrus 


Billy Ray Cyrus-Robby Ray

Jason Earles-Jackson

Emily Osment-Lily

Mitchel Musso-Oliver

Moises Arias-Rico

Aku sebenarnya dah minat Mitchel Musso, sangat chumel orgnya.  Aku suker giler rambutnyer.  Jason Earles pun sangat chumel dan kadang-kadang hensem gak..hehe.

Dan aku suker gambar ini:-

3 sahabat; Lily, Oliver dan Miley.  

So sweet :)  Frenship 4eva..yeah!!!

I like dis drama damn much. ^_^ 

Saturday, December 11, 2010

Sedih ;(

Sangat sedih..

keputusan ku makin teruk..

makin lama makin banyak paper aku repeat...

aku dh wat yang termampu..

mungkin Allah nak mengujiku..

buka sem aku akan kuatkan semangat..

belajar..belajar..

aku x mhu sangkut sampai sem 7...

sem 6 adalah yang terakhir...

Ya Allah kuatkanlah iman hamba-mu

aku mau lepas sumer paper..

maaf papa n mama..

kak yang kecewakan mama n papa...

kak yang akan berusaha habis-habisan..

Amin..amin..amin

hmmmm.....:(

Yup..still sedih

about my ''impressive result''...

beside that..yang wat aku sedih

bila on facebook..

bc status mereka yang lulus paper..

membuatkan aku lagi bertambah2 sedih..

i wish i like them..:(

bahagianyer mereka...

aku akan belajar bersungguh-sungguh...

no more play...serious beb...

aku akan jadi minah library...

INSYA ALLAH!!!



Tuesday, December 7, 2010

I Love Chocolates :)

Wah aku tergoda melihat keenakan coklat ini.
Hari ini mau cerita tentang coklat.  Kenapa ek?sebab tadi adik aku cakap kat mak aku yang dier beli coklat bar kat Carrefour. Jenama Tudor Gold.  Mak aku kata adik aku kenapa tak beli jenama cadbury, n adik aku jawab nak cuba benda baru.  Ah poyolah kau, beli jelah Cadbury, baru sodap sikit nak makannya..hehe.
Tapi aku memang suker giler coklat tapi tak adalah sampai makan hari2 kerana pertamanya x elok untuk gigi kan n dan yang kedua adalah kerana duit tak ada..hehe, faham2 jelah. ''Gaji'' x masuk lagi (poyolah kau).  Hmm..tapikan aku kalu nak makan coklat, aku suker jenama Cadbury lagi2 plain coklat. Aku x suker sangat yang ada kekacang, kismis dan yang lain. Tapi kalau plain nyer memang aku laju makan beb.  Aku rasa jenama Cadbury yang masuk dalam tekak aku yang amat cerewet.  Jenama lain tengok jugalah.  Depends pada hatiku samada selera ke tidak.
Selain suker sangat coklat bar, ais krim juga aku suker sangat dengan chocolate flavour.  Kalau papa atau mama nak belanja kami sumer satu tupperware ais krim, aku selalu suruh beli chocolate tapi kadang2 adik-beradik aku ni yang menyibuk. Kata boringlah, asyik perisa sama, muaklah.  Spoil giler mereka ni.  Tapi aku makan juga even flavour lain, rezeki jangan ditolak beb..huhu.  Kalau kat kolej, aku n member2 suker beli ais krim kon samada di Soon Hin ataupun 7-Eleven.  Aku macam biasalah pilih ais krim kon full chocolate, nyum..nyum.  Harga mahal tak kisah asalkan puas.
Lagi satu kalau di McD, aku suker sangat beli ais krim Sundae Coklat.  Makan coklatnya yang pekat, perghh..terangkat beb. Adoi duit PTPTN kuar memang aku nak makan Sundae, wait for me k.  Hmmm...aku sediakan beberapa gambar supaya aku lehlah berangan tengah makannya walaupun aku x makan apa2 pun.  Angan-angan Mat Jenin katakan..hehe.
Enjoy..:)

Ni makan 1st time, terus jatuh cinta dengan Mr. Snickers.  Keenakannya terangkat.

Sudah lama saya tak makan anda, nanti saya akan beli ok.

Yang ini aku teringin sangat.  Can someone who is kind treat me, i really want
u very badly.
Kalau ada boyfren, dah lama aku suh beli.  Tapi apakah daya aku single.
WHAT CAN I SAY, I LOVE YOU SO MUCH MR.  CHOCOLATES.
I WISH I HAVE CHOCOLATE FACTORY ;)

Monday, December 6, 2010

Elite-G.I.G


Sebenarnya ku terasa

Dari awal perkenalan

Bagai ada tak kena


Tingkah Lakumu itu

Sembunyi sesuatu

Menimbulkan rasa curiga

Hati kecil bertanya

Dimanakah dia

Seringnya menghilang


Bila senja menjelma

Wajah tampan tapi sayang

Gelisah lalu tak punyanya

Hanya cinta 


Oh Caramu dan Caraku
   

Oh tak sabar tak diragu

Tak mungkin lagi aku dipedaya

Kini ku tahu Siapa kau sebenar


Walau Pedih ku terima

Hakikat cinta kudus

Namun apa terdaya

Cukup cuma sekalI

Dirimu aku Kenali

Indah khabar dari rupa

Tidakkah kau kesali

Terlintas di hati

Bakal menyesali

Hidup sebegini

Apa guna harta benda

Sekiranya segala Dirimu

Tak berharga

G I G

Bijak benarkan bela diri

Berusaha berpura

Bagai segala tak mengapa

Kemudian berusaha

Hidup berfoya inikah definasimu

Dengan hati Bahagia

Apa guna harta benda

Sekiranya dirimu tak berharga

Happy Birthday

Hari ini pada 6 Disember 2010

Genaplah umur 14 tahun

Adikku yang bongsu iaitu

AMIZUL JUHAIDI BIN JOHARI

Selamat hari jadi, dik

Moga segala impian anda tercapai

Belajar rajin2 tau

ko nak PMR buka cuti sekolah ni

Moga dapat result gempak

N kalau leh dapatlah masuk sekolah asrama

Make mama, papa n also ur brother n sisters proud wif u..

We all love u so much.

From ur kakak yang kau suka kacau..Juliana Johari@kak yang

Inilah gambar birthday boy.  Maaf gambarnya amat kecil ek.  Chumel x?saper berminat 

silalah isi borang ek..hehe.  Gurau je.  Kau jangan nak menggatal ek dik,

sekeh kang..huu ;p


P/S:Hadiah kau nanti kak yang bagi ek, x de bajetlah.  I promise k.


Learn Chinese language

Seperti tajuk yang ku tulis diatas.  Ya, aku memang nak belajar bahasa cina kerana aku amat minat giler-giler nak belajar. Macam mana aku boleh minat nak belajar?Masa aku sekolah rendah aku memang minat tengok cerita cina tapi x terfikir sampai nak belajar bahasanya, yalah masa kecik hanya tahu enjoy tengok tv je.  Start sekolah menengahlah aku dah start jatuh cinta nak belajar bahasa cina sebab sekolah aku dulu ramai pelajar cina.  Aku suka gila nak belajar bahasa cina.
Kawan2 cina ni memang best.  Dulu aku kwn dengan Siu Hun, Sook Fan, Tan Pui San, Khee Wen dan yang lain2 lah.  Bukan setakat nak belajar cina, aku juga suker sangat tonton drama dan filem cina.  Lagi2 cerita cina zaman Jackie Chan, Jet Li, Sammo Hung, Chow Yun Fatt, Michael Wong dan pelakon2 zaman mereka.  Rancangan cina yang macam game show aku pun, pendek kata apa yang berkaitan cina aku layanlah.
Ada seorang artis lelaki cina aku memang minat masa sekolah dulu iaitu Ming Dao.  Hensem giler wei, kiranyer crush aku lah. Ada kwn cina aku bosan giler kalau aku cakap pasal Ming Dao sebab dier x minat.  Kalau berkaitan artis cina aku suker tanya dier.  Sekarang aku kureng sikit pasal Ming Dao sebab x berapa nak famous kat Malaysia.
Masa masuk Kolej Unikop dulu masa sem 1, miss Intan buat briefing pasal subjek yang akan diajar setiap sem.  Kitaorg dapatlah kertas mengenai nama2 subjek.  Dan kami sumer akan belajar bahasa cina masa sem 3.  Aku memang teruja. Tapi bila naik sem 3, kena tukar bahasa kerana kekurangan lecturer, yalah lecturer seorang je sedangkan OM ada 5 kelas, kang pancit  lecturer tu.  Kami kena belajar Bahasa Arab, aku amat kecewa giler lah.  X de jodoh nak belajar kan?So aku harap dapatlah belajar bahasa kegemaran aku.
Insya Allah ada rezeki aku nak amik kursus Bahasa Cina.  Aku akan belajar dengan tekun. Perkataan cina ada gak aku reti nak cakap macam ''Ni Hou Ma, Chaiyok, (x th betul ke ejaannyer, main taram je) n yang lain2lah..hehe.
Selepas baca bolehlah belajar sikit bahasa cina ek.
Inilah crush aku dulu, Ming Dao.  Chumel kan?igauan ku dulu wei.
Perkataan ini maksudnya Xie Xie
atau dalam bahasa melayunya TERIMA KASIH.
 TERIMA KASIH kerana baca :)

Saturday, December 4, 2010

Terima Kasih

Terima Kasih kepada Cik Siti Raudah Mokhtar aka Rara kerana menjadi

my 1st follower in my blog

Really appreciated it

Luv u..Rara :)

Good luck in ur result n next practical

Always miss u..:)

Pekasam n Sate Tulang Jelebu

Hari ini aku nak cakap pasal makanan. Makanan yang amat aku suker sangat adalah Pekasam. Nyum..nyum, mesti ramai yang suker makan kan?? aku baru makan tengahari tadi, sedap giler wei. 2 kali aku tambah, aku kalau makanan dah sedap, nasi bantai makan 2 kali. Pekasam ni aku beli kat MAHA 2010, harga sepeket RM5. Selain jual ikan pekasam ikan keli, ikan tenggiri pun ada tetapi oleh kerana aku amat suker ikan keli, so tanpa berfikir panjang aku beli ikan keli.

Tadi tengok cerita hantu hindustan (x ingat tajuknyer x salah ''Bhool Bhulaya''). Nikmat tak terkata wei makan ikan pekasam dengan nasi, terangkat beb.


Wah, sedapnyer..nyum2!

Lagi sedap makan dengan nasi..terbaik weh.

Lepas tu aku sudah mula sukai Sate Tulang Jelebu. Mesti yang x tahu, tertanya-tanya apakah Sate Tulang Jelebu. Sate tu guna tulang ayam, ada juga isi. Aku makan masa kat sebuah gerai di MAHA (asyik2 MAHA). Sedap sangat, tapi lecehlah yalah dah nama sate tulang. Setiap kali makan je kena pakai tangan, habis tangan2 aku tapi yang penting aku puas. Satu cucuk harganya RM1.20. Mak aku kata harganya mahal tapi bagi aku berbaloi sangat2. Aku rasa nak makan lagi tapi hanya terdapat di Jelebu, Negeri Sembilan.

Hmm...sedapnyer. Aku akan suruh mak n ayah aku ke Negeri Sembilan. Alah dekat je KL-Negeri Sembilan. Berapa jam je. Harap dapat makan lagi Sate Tulang Jelebu.

P/S: Maaflah tiada gambar sate tulang Jelebu, tak ada kat Google & Yahoo. Aku lak tiada kamera. Insya Allah aku akan miliki kamera tidak lama lagi :)


Jatuh cinta dengan SLR

Aku dah jatuh cinta lak dengan SLR.

Jeles tengok saper yang ada SLR, dah jadi macam member aku

lak addicted.  

I really want u...Mr. SLR

Kalau nak beli dahlah beribu2

Nak tunggu aku beli lambat lagilah nampaknyer..

hmmm...:(

Tapi aku tekad aku akan beli sebuah SLR...

I gonna buy it one day..

You can buy it, Juliana...

^_^

Thursday, December 2, 2010

Opera

Aku sedang download Opera. Aku ni suker download benda2 baru i2 aku nyer lappy penuh. Saje nak cuba, nak tengok ok ke tidak. Jom kiter download opera.

Mula-mula

Tekan RUN dulu

Dan savelah kat mana2. Aku save kat My Document

Pas tu tekanlah next..next sampai finish. N tekanlah finish

DAN JADILAH


Ni lah OPERA. Dah siap.

Ni lah Opera. Sangat suker :)

Aku amatlah puas.
















Sunday, November 28, 2010

I want lagi?

Apa yang aku nak lagi?x cukupkah lagi. Of cuz lah x cukup, biasalah manusia manalah puas dengan apa yang ada kan? Nak tahu x aku nak apa, aku mau sebuah I Pod Shuffle. Ya aku mahukannya. Aku ni suker dengar lagu, pantang dengar lagu baru aku akan download dekat 4Shared. Kat lappy aku ni dah penuh dengan lagu2 yang aku kumpul..hee.

Harap dapatlah kan?hoho..:)



YANG MANA SATU IDAMAN KALBU?

NI LAGI PILIHAN I POD SHUFFLE

TERBAIK...:)